cik lesung~


Tuesday, April 29, 2014

dia.

Dia.
Dia baik.
Dia pembakar semangatku.
Dia menegur untuk kebaikan.
Dia pesan, jangan merungut. 
Dia jujur.
Dia selalu mahu yang terbaik untukku.
Dia juga sentiasa mahu menjadi terbaik untukku.
Dia lebihkan aku daripada diri sendiri.
Dia bukakan mataku supaya tak membezakan darjat manusia.
Dia selalu ada di waktu susah.
Dia marah kalau salah.
Dia puji kembang tak sudah.
Dia tak pernah kedekut masa.
Dia tak pernah berkira.
Dia tak malu bercerita tentangku pada semua orang.
Dia manusia menghargai.
Dia guru kemanuasiaanku.
Dia penyelamat.
Dia pendengar yang baik.
Dia penyelesai masalah.
Dia peneman.
Dia punya cita rasa.
Dia penglipur lara.
Dia kecindan orangnya.
Dia buat aku tak sudah ketawa.
Dia penyebab aku menangis hiba.
Dia sabar orangnya.
Dia berkongsi duka dan suka.
Dia manusia setia.
Dia pembalas jasa.
Dia manusia pemberi.
Dia sudah berusaha segala-galanya.
Dia penenang.
Dia lah kesayangan.

<3

kembali.

Bismillah. Lama betul aku tak jenguk blog ni. Berhabuk, bertaik cicak, berkencing tikus semua dah. Aku bukannya busy mengalahkan Pak Jibby, tapi dalam tempoh tertentu aku ada tanggung jawab. Biasalah student tahun akhir. Dan biasalah jugak, hamba Allah. Macam orang lain. Allah takan cipta kita tak  bertujuan.

Untuk praktikum fasa 3, aku berkampung selama 3 bulan di Nibong Tebal. Tempat praktikum paling jauh yang maktab aku berani hantar. Hantar jauh-jauh, elaun praktikum belum masuk. Eh, tak ada rezeki lagi lah tu. Berhenti merungut. Bak kata dia. 

Sekolah aku, sekolah kampung. Rata-rata pelajar datang dari keluarga berstatus sederhana dan aku berani cakap mereka tak mementingkan pelajaran. Berpeluh jugak nak mengajar. Pertama kali aku jejak kaki di sekolah tu, guru besar sendiri dah bagi gambaran yang aku tak berapa sedap nak dengar. Dalam tempoh masa 3 bulan, aku mula nampak sendiri. Selepas tempoh 3 bulan, aku sendiri merasa dan alami. 

Bukan aku nak menyalahkan sekolah, tapi, apa yang aku boleh katakan, lain tempat lain lah ragam. Mungkin sekolah tu boleh dianggap sebagai pemboleh ubah malar, aku sendiri perlu manipulasikan. Dan gerak balasnya, bergantung macam mana aku sendiri sesuaikan diri dengan persekitaran. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemooo. 

Tapi, (ada jugak tapi) budaya sekolah ni betul-betul lain. Aku sampai-sampai ja dekat sekolah dengan bawa 3, 4 beg tak ada sorang budak pun yang datang tolong. Bukan nak mengharap pertolongan, Alhamdulillah, tulang aku kuat lagi tapi dari situ aku boleh nampak wujud lompong. Macam something wrong gitu. 

Bagi aku, semua benda ni berkaitan. Sikap murid, bergantung pada bagaimana guru mendidik di sekolah. Sikap guru bergantung pada cara pentadbiran sekolah. Kalau ketuanya bengkok, bengkok jugalah di bawah. Lurus ketuanya, lurus jugalah di bawah.

Aku seronok tengak kawan-kawan yang gembira sampai nangis-nangis cikgu sekolah tak mahu mereka tinggalkan sekolah. Aku? Jujur, 3 bulan aku kali ini, amat perit. Amat seksa jiwa raga. Pelbagai aspek. Harapnya, posting bukan di sekolah bersuasana begitu. Amiinn

Tuesday, October 8, 2013

sedih pedih

Setiap pekerjaan, kita sendiri akan tahu tahap usaha kita. Kalau markah tak baik, kita tahu kenapa tak baik. Mungkin kita buat caca merba. Tapi, bila kita usaha bagai nak mati untuk siapkan satu tugasan, dapat markah pun baik, of course bersyukur gila dan rasa berbaloi untuk diri sendiri. Sebab, kita tahu ia berpadanan dengan usaha.

Tapi,
Sedih kalau ada suara di belakang yang kata kita dapat markah baik sebab pemberi markah baik dengan kita. Bukan dari usaha kita sendiri. Padahal, kita tak pernah terhegeh-hegeh untuk berbaik dengan pemberi markah tersebut. Baik setakat hormat dan bukan baik sebab hendakkan balasan. Hanya kita tahu niat kita.

Please having a pretty mind, pretty heart, and pretty soul peeps. 

Cerita rekaan semata-mata. 

the sweetness of abah

Selalunya kalau balik cuti, aku akan balik dengan kawan dan dia akan tinggalkan aku dekat tol sebab rumah dia jauh lagi. Abah yang akan jemput aku dari tol ke rumah. Kalau beg kecil, aku akan suruh abah ambil dengan motor ja. Cepat. 

Perjalanan dari tol dengan rumah cuma ambik masa 20 minit ja. Dekat dan kami akan lalu satu jambatan. Jambatan Semeling. Rumah aku dari jambatan pulak, 10 minit. Atas moto, kami selalu bersembang. Banyak benda nak cerita dekat abah pasal hidup aku di maktab. 

Sampai atas jambatan, aku tanya abah. "Abah rasa kan, ada buaya dak dalam sungai ni?" Abah jawab, "Mesti ada. Dalam ni.Waktu orang dok buat jambatan ni, umuq Nasuha berapa?" "4 tahun rasanya. Awat abah?" "Ingat dak waktu jambatan ni tengah bina, tak siap lagi pun, abah selalu bawa Nasuha mai sini. Buat apa tak tau. Padahai bahaya nii! Abah tak pikiaq ka waktu tu? Apa benda la abah pikiaq waktu tu sampai tak ingat pasai bahaya dok bawak anak mai sini." Suara dia kesal sungguh. Aku pun try calmkan dia. "Ala. Tak jadi apa pun. Cuma selipar Nasuha ja jatuh. Sayang sebab selipar Sailormoon.hehe." "Yaka? Abah lupa dah. Tapi dulu abah memang pegang Nasuha kuat-kuat waktu bawa mai sini. Tak lepas pun tangan." 

Walaupun aku selalu berselisih pendapat dengan abah, tapi, bila sampai satu tahap, aku tak boleh sangkal yang sayang abah dekat anak dia tak pernah kurang. Dari dulu sampai sekarang.

praktikum fasa II

Alhamdulillah.
Sekolah okay, cikgu-cikgu mesra, student comey, mak cik kantin baik, pekerja rajin, guru pembimbing understanding, praktikum mate sekepala, markah cemerlang.

Thanks Allah. :)


 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Kebangsaan Batu Maung


Warga SKBM