cik lesung~


Monday, December 26, 2011

Aku perlu KESEMPURNAAN

Semua orang dalam dunia ni kalau boleh nak kesempurnaan. Hei ! Dalam dunia ni mana ada yang sempurna lah ! Kesempurnaan apa yang aku nak mengomel kali ni? Aku nak ngomel ngomel pasal kesempurnaan beragama. Bagi aku, kita mungkin takkan sempurna dalam benda lain. Contoh, " Si Enjolina Julu tu, memang cantik lah! Siapa pun yang tengok dia, mesti nak tengok dua puluh kali lagi. Tapi sayang, sengauu." Ataupun, "Sedap betul suara mamat Bred Put Put tu. Tambah-tambah pula kalau menyanyi lagu Isabela. Tapi tu lah kan. Mengaji pulak tak berapa pandai." 

Apa apa pun yang kita ada dalam dunia ini, mesti ada yang kita akan rasa kurang. Mungkin aspek aspek seperti paras rupa, kebolehan diri. Kali ni, bukan aku nak cakap pasal bab bersyukur, bersyukur tu WAJIB. 

Seseorang yang sempurna dalam beragama boleh membimbing dan membawa diri dia sendiri dan diri orang lain untuk menuju ke arah yang redha. Dalam bahasa yang mudah, lelaki yang berilmu dan beramal soleh akan dapat membimbing isteri dan keluarganya ke jalan yang benar. Agama adalah tiang. Rumah yang tak kuat tiangnya akan roboh. Tetapi, rumah yang kuat tiangnya, tidak akan roboh dan sekali gus akan menjamin keselamatan isi di dalam rumah tersebut. Sebab apa aku kata kesempurnaan beragama? Sebab, kalau orang tu betul-betul beragama, dia takkan buat benda-benda yang jahat. Contoh lagi, hamba Allah ni, dia ikut semua perintah Allah. Hati dia betul-betul bersih. Memang tahap pure. Aku berani kerat kuku, dia takkan buat benda yang tak betul. Sebab, Allah dah block hati dia. Jadi, dia memang betul-betul sempurna dalam agama. 



Dulu, aku pentingkan intelek. Bagi aku, dengan tingginya intelek seseorang itu, dah cukup untuk cover semua perkara. Dengan intelek juga, seseorang itu boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tapi, aku silap. Orang yang tinggi dengan IQ tapi bukan EQ dan juga agama, dia akan lemas. Sebab, dia tak ada tiang untuk berpaut. Dan sebaliknya. 


mencarik0nklusi ~~ Entri ini hanya mengikut arah angin hati. Perlu untuk aku dekati orang bertiang. Boleh aku tumpang berpaut.





Tuesday, December 13, 2011

BERMULA KEMBALI.

Bismillah. semenjak habis musim assignment nie, lama benar tak menaip. Macam biasa, bila dah habis demam exam nie, berbundle-bunde lah masa. Manusia kan, bila tak ada cuti, merungut. bila terlebih cuti pon merungut. Tak pernah bersyukur kan? *gedebuk. kena batang hidung sendiri. buu.

Cuti-cuti nie biasa lah. Banyak betul aktiviti yang manusia-manusia ni dah plan.

  • Kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari tu, 2 3 undangan kahwin hari sama. Jadi, pandai-pandai lah bahagi ruang dalam perut tu nak menyumbat makan yea. Jangan sampai terkeluar balik.
  • Membina lemak dalam badan.*gedebuk kena hidung lagi. Yang ni pon kes tak bersyukur jugak. 
  • Alasan paling kukuh anak-anak nak ajak mak ayah bercuti. 
  • Bergetar jiwa raga tunggu result exam. Waktu nie, mula nak alert dengan anonymous call sebab takut unit peperiksaan call.*jauh-jauhkan la
  • Mak-mak seluruh Malaysia sibuk menurunkan ilmu memasak kepada anak dara lagi sunti mereka. Takut bakal menantu nanti dapat penyakit kurang zat.
  • Anak dara sunti dan anak teruna banyak dapat tawaran jadi pengapit kalau sedara atau kawan-kawan kahwin. 
  • Cikgu-cikgi sibuk tanda kertas periksa.
  • Budak SPM tengah berjuang setengah mati. *aku benci SPM
  • Terasa diri sangatlah tua sebab banyak kawan-kawan yang sebaya dah kahwin. wuuuuu~

Apa pun aktiviti yang kita buat,biarlah besederhana. Sebab, agama pun tuntut kita besederhana dalam semua perkara. Contoh, kenduri kahwin tu, tak payah grand grand sangat pun tak apa. Jemputan beribu-ribu sampai terpaksa berhutang sana sini. Buat setakat yang mampu. Bagi aku, setakat lepas apa yang wajib, cukuplah. Tapi sesetengah orang yang beranggapan, " Laa. sekali seumur hidup kot ! Buat grand grand apa salahnya ?! Kau ni memang target nak kahwin banyak kali ke yang kau buat majlis biasa biasa je heh?" Ini contoh dialog aku. Aku tak pernah lagi dengar orang cakap macam ni. Kalau yang mampu tu, go on lah. Tak ada pon dosanya buat majlis grand-grand. Tak gitu?

Tapi kan, bila cakap pasal kahwin ni. Sekarang ni aku tengok trend kahwin awal. Banyak betul kawan-kawan sebaya dengan aku yang dah dan nak kahwin. Kawan yang selalu main batu selambut sekali waktu kecil-kecil, kawan sekolah yang selalu gosip sana-sini, alih alih, dah nak kahwin. Awal jodoh diorang. Bagus bagus. Saya suka. Saya suka. Tu maksudnya diorang dah matang, dah laksanakan sebahagian iman diorang, Insya Allah, Jannah tempat diorang kalau diorang taat perintah suami, hidangkan makanan dekat suami, layan suami, senyum dekat suami, tunggu suami balik kerja, semua tu pahala. Bukan susah pon nak buat semua tu. Tapi, pahala berganda-ganda.

Cuma, yang tak bestnya bila tengok kawan-kawan dah kahwin ni, ada pulak suara yang bisik-bisik dekat hati sendiri, "Tua dah ke aku nie? Orang yang sama umur dengan aku pun dah kahwin. Aku? Bayang-bayang pun tak nampak lagi". Sabar. Mak aku selalu cakap, " Kalau akak nak orang beriman jadi suami, akak pun kena mula dari sekarang la untuk jadi orang yang beriman." 



mencarikonklusi  ~ terasa janggal pulak tulis blog kali ni. Happy reading ! ;)







    Friday, June 10, 2011

    09062011~ ;)

    getting older, older and older !!
    yang atas tu nama aku.
    lagi 3 tu adik aku.
    kami sambut sekali.
    sebab birthday aku jea kami boleh gathering.
    waktu cuti sekolah. 



    boleh tahan sedap jugakla kek nie.
    beli sebab attract dekat blueberry sos dia tu.hehe
    *just ignore my brother's hungry mungry face



    pebret aku nie !
    mi bandung.
    mak buat taw !
    sebab tu spesel sikit.hehe





    nie tak berapa pebret sangat.
    sebab gigi aku tumpul-tumpul semua.



    upacara memotong kek !
    do you realize?
    lidi-lidi satay mencocok kek yang cantik itu. huu~



    walaupun makanan nie tak banyak,
    tapi semua nie yang buat aku jadi gemok ! ;(
    tapi, thanks mak ! hehe


    mencarik0nklusi  ~ Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur aku. pejam celik dah 20 tahun. rasa baru ja kelmarin masuk tadika.*over*. Kepada yang wish dekat fon, dekat facebook mahupun face to face, terima kasih banyak-banyak. Aku doakan supaya Allah memberkati kehidupan korang. Amiinn..

    p/s- hey, thanx for being the first wishing me.ssa :) 

    Wednesday, June 1, 2011

    KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH ??

    1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



    2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



    3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



    4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



    5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



    6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



    7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



    8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



    9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



    Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



    Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



    PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..






     mencarik0nklusi  ~ biar cinta bukan di dunia. credit to KAKAK.  :)

    Monday, April 25, 2011

    WUJUD LAGI ORANG MACAM NIE RUPANYA... (-.-)

    Aku ingat zaman sekarang ni dah tak wujud manusia bongkak, suka menghina, cakap besar semua tu. mana tak nya. Orang kata kalau dah sampai tahap yang mana kita panggil 'TAMADUN', akan automatik hilang semua tu. Yang tinggal pon orang yang betul-betul bertamadun. Sepatutnya macam tu la kan? Cuba korang check balik dalam buku TITAS, under tajuk Ciri-Ciri Tamadun.

    Tapi, manusia yang aku jumpa minggu lepas memang buat aku fikir lama. Memang ambil masa banyak hari jugak. Orang ni, mulut dia, Masya Allah...hati keras kematu macam aku ni je yang boleh tahan. Tu pun aku tak tahan sebenarnya. Buat-buat tahan. 

    Cita dia macam ni..

    Minggu lepas, aku dah lupa hari apa, kawan aku ajak makan dekat Secret Recipe. Bukan nak demand okay, tapi saja ja sekali sekala nak makan benda mahal. Kemaruk sangat dah. Then, lepas Zuhur kami pon siap-siap la nak ke sana.

    Bila dah sampai sana, aku boleh katakan Secret Recipe yang kami nak serang nie dalam bangunan 'elite'. 1 blok je pon bangunan tu. Okay, senang cerita, kami pergi E-Gate. Bila dah sampai sana, actually kami masing-masing tak biasa dengan suasana kat situ. Ye la. Since bayar park, masuk je area tu memang semua Chinese. Aku tak nampak langsung muka bangsa lain. Dari pak cik parking, sampai la orang yang keja dalam bangunan tu. Totally Chinese. Actually aku dah mula rasa kurang selesa. Tapi try buat muka selambe sebab kesian dekat kawan-kawan aku. Diorang teringin sangat nak makan kat sana. 

    Terkujat jugak aku. Tak besar mana pon Secret Recipe tu. Kecik je. Bahagian dalam memang tak selesa. Sempit. Secret recipe dekat umah aku okay banyak lagi. besar, selesa pulak tu. *argghh ! Aku try abaikan kekurangan bangunan elite itu. Bila masuk ja, peh ! 90% Chinese. 10% lagi ada 3 orang pak cik Melayu. *aku dah buat carta pie okay ! Tengok dari gaya macam tengah sembang pasal bussiness. ada satu je meja kosong kat sebelah diorang. Aku try buat muka relax sebab aku ingat kami nak makan kat bahagian luar. 'Kelepap !!Tiba-Tiba 4 orang kawan aku duduk kat bahagian dalam. Aku ja yang tak duduk lagi sebab memang bekeras nak duduk luar. Tapi 4 lawan 1 kan. dalam pusingan ini, aku tewas. Dan yang tak besnya, kami memang kena duduk dekat sebelah pak cik-pak cik tu. 

    Suara diorang, Ya Allah.. macam guruh ! macam suara Mr Kwan waktu mess lecture. lepas tu ditokok tambah lagi dengan gelak cara orang kaya. memang macam Dato Aziz Singah gelak dalam Sembilu. Telinga aku la paling bernanah sebab aku duduk paling dekat dengan diorang. waktu nak order, 4 orang kawan aku  tu order kek. Aku je tak mau. Sebab dari dulu sampai sekarang aku memang ada masalah nak telan kek. Tak setle-setle lagi masalah aku tu. aku order chocolate pa kejadah ntah nama dia. macam ice blended la.

    Tyme dah dapat semua order kami, aku perasan. 3 orang tu asyik tengok je kami makan apa. Sharing-sharing tu biasa la kan. Nak makan sorang kek tu memang tak habis. muak nak mati. kalau tengok cara biasa tak pa. nie tak. tengok macam kami ni jelik sangat. Lepas tu, agaknya dah tak tahan sangat dah kot pakcik-pak cik tu, pak cik yang paling dekat dengan aku tanya, " Nie hampa mai dari mana nie??". Dalam tiga orang tu, pak cik ni yang nampak paling tua dan nampak paling bongkak.
    Meh aku buat dialog line la..

    Pak cik bongkak   : nie hampa mai dari mana nie??
    aku                       : Maktab Penang. Nie yang dekat nie.
    Pak Cik Bongkak : Owh. Cikgu r nie.
    kawan 1               : Lambat lagi pak cik. :)

    Ada lagi la yang diorang tanya. waktu tu kami memang ditanya dan jawab dengan elok. Tapi........

    Pak Cik Bongkak : Hampa ambik kos apa??
    aku                       : Pengajian Sosial.
    Pak cik Bongkak  : huh?? nanti hampa mengajaq apa???
    aku                       : Kajian Tempatan, Sivik macam tu la.
    Pak cik Bongkak  : laaaa.. apa la kerajaan nie. bagi pon kos Pengajian Sosial. tak elok langsung. bagi la kos Sains ka.. Math ka.. baru la okay !!
    aku                       : *terkejut. kuang asam punya pak cik ! sampai ati
    Pak Cik Bongkak : Elaun hampa berapa??
    aku                       : 1 sem 3k lebih.
    Pak Cik Bongkak : Ishhh... tak cukup !


    Lepas tu, pak cik lagi sorang teringin jugak nak masuk sembang. Dia cerita yang dia dulu KPLI. Lepas tu kerja lain pulak. 

    Pak cik 1              : Nie, bos kami nie dulu dia cikgu. lepas tu dia berhenti. Kan Dato'? *sambil tengok Pak cik Bongkak tadi.
    pak Cik Bongkak : A'ah. saya dulu cikgu. tapi setahun je. Saya tak tahan. Cikgu nie teruk !
    kami                     : owhhh...
    Pak Cik Bongkak : Sekarang nie saya selalu bagi ceramah kat orang. Isteri saya dulu pon cikgu. Tapi saya suruh dia berhenti. ye la. Cikgu nie memang tak da perubahan. Dari dulu sampai sekarang takuk lama ja. Isteri saya tu, dah berapa tahun jadi cikgu, tapi asyik ajar budak darjah 5 ja. tak berubah-berubah. Boring betul jadi cikgu nie. 


    Waktu tu kami dah rasa pelik dengan pak cik- pak cik tu. Dari awal sampai ke sudah memang keja nak pangkah kami jea. Aku memang tak bekelip tengok pak cik tu. Sebab dia memang betul-betul depan mata aku. Nak je aku pintal mulut tebal dia tu.

    Pak Cik Bongkak  : Eh, hampa nanti, berhenti la jadi cikgu tu. Tak bawa ke mana pun. kerja pon teruk. 

    Aku dah tak tahan.

    Aku                      : Pak cik nie. Jangan la bagi kami down ! *aku senyum jugak waktu nie
    Pak Cik Bongkak : alaaa !! resign je la !!

    Pak Cik ni lagi sorang. Memang nak cari pasal dengan kami.

    Pak Cik 2             : Hampa nie. share 2 ayaq sampai 5 orang. HAHAHA
    Aku                      : ye la Pak Cik. benda-benda macam nie cepat muak. Share sudah la.
    Pak Cik 2             : Tu la. lain kali minum macam kami sudah la. 

    Ya Allah... korang nampak tak?? betapa busy body nya pak cik tu ! Setakat minum air nescafe panas baik tak payah datang Secret Recipe ! Kat bilik aku pon ada Neslo !Tangan aku dekat bawah meja. Aku tak berani angkat sebab memang tengah shaking. geram sangat. 

    Oleh sebab kami memang bengang tahap boiling point, kami panggil waiter. nak ambik bil. korang tahu, waktu waiter tu letak bil atas meja, terjenguk-jenguk pak cik tu tengok bil kami. Pak Cik Bongkak tu terus cari point.  

    Pak Cik Bongkak  : Mak saudara saya dulu, cikgu jugak taw. Asyik ajar budak darjah 1 je. Tak berubah-berubah. Sekarang dah pencen kena jaga cucu. Sekali dengan cucu-cucu dia dia treat macam budak darjah 1. HAHAHAHAHAH

    Bila dh siap bayar semua, kami dah tak tahan sangat. Terus bangun. Sambil bangun tu,


    Aku     : Pak cik, zaman sekarang dengan zaman dulu mana sama. 

    Sambil tolak kerusi dan mata aku memang dah tak boleh tengok muka diorang dah. Memang nampak rude. Tapi aku tak tahan sangat. Tapi, nie last word dari pak cik Bongkak tu,

    TAK PAYAH LA JADI CIKGU TU !! RESIGN JE LA !! HAHAHAHAHAHAHA
    Apa korang boleh nilai dengan perangai pak cik tu ? Kalau nak dikatakan orang Melayu nie kalau kaya memang jadi 'merak buih' ke? Aku rasa tak boleh. sebab, tak semua orang kaya macam tu. Bagi aku, actually ni ada kaitan dengan sifat keterbukaan kot. macam mana cara kita terima profesion orang lain. Tak kira la sebenci mana pon kita dekat profesion tu. Memang la keja cikgu nie low class. Tapi respect sikit. Tak susah pon. Dan aku memang tak hairan kalau orang kata Melayu  ni  tak boleh nak maju. Sebabnya, dengan pemikiran orang-orang macam nie la. Nampak macam yang generasi berpengalaman. Ingat nak tolong bangsa sendiri. Siap ada pangkat Dato' lagi Pak Cik Bongkak tu !! Tapi hampeh ! bukan nak bagi semangat dekat budak-budak hingus macam kami nie. Dihina macam tu pulak. 

    Aku tak pernah jumpa lagi orang macam tu.. serius ! bagi aku, orang macam tu,

    IQ = 10
    EQ = 0



    Mencarik0nklusi ~ Kalu ikutkan hati nak je aku tenyeh syiling 50 sen kat kereta Pak cik Bongkak tu ! Letak Hacks dekat cermin depan ke. Orite jugak kan ? ahaha.. Moga Allah sedarkan diorang. Amiin.

    Wednesday, April 13, 2011

    AMARAN KERAS !!

    NASUHA !
    TOLONG JANGAN ULANGI KESALAHAN YANG SAMA.
    KADANG-KADANG HIDUP NIE PERLU JUGAK SELFISH SIKIT-SIKIT.
    KALAU TAK ORANG PIJAK KEPALA.
    DON'T ONLY GIVE
    COZ U'RE NEVER TAKE !!
    : (

    mencarik0nklusi ~ hidup nie memang susah. yer dak ?

    Wednesday, February 16, 2011

    MAK RISAUKAN ANAK BILA VALENTINE~

    Memang ketinggalan zaman la kalau aku update pasal valentine hari ini..bukan apa..just nak share..
    alkisahnya....
    14 Feb 2011..10 pagi cam tu la...aku tengah dok bergebang sakan dengan classmate aku...sementara nak tnggu next class nak pegi odt..


    beautiful girls...
    all over the world...
    i can chase it.............
    *ringtone aku laa

    memang kebiasaan mak aku selalu telefon tyme2 macam nie..dia dah set bila tyme anak dia rehat..*cayalah mak!
    aku pown angkat la...


    aku : hel0 mak~*nada anak solehah

    mak : helo..tengah buat apa?

    aku : baru sudah makan tadi..la ni dok sembang2 dengan kawan..*masih nada anak solehah

    mak : owh..urmm..hari nie berapa hari bulan?

    aku : hari nie? jap2..(tanya kawan aku) *(-.-)...hari nie 14...nape mak?

    mak : haaaa....hari ni HARI BUNGA ROS kan? 

    aku : hihihihihihi...valentine la mak...*bajet nak pebet0i mak sendiri

    mak : yea...mak taw...saja mak tak mau sebut perkataan tu...hari bunga ros sudah..mak tengah tengok tv   nie..ada ustaz dok cakap pasai hari bunga ros ni la...mak teringat kat nasuha..tu yang telefon ni..takut nasuha dok sambut plak..jangan..berdosa tu..tu bukan amalan orang Islam...ada sejarah dia dengan orang Yahudi..nasuha taw x...banyaknya artis-artis Malaysia dok sambut hari ni..

    aku : yaka mak? sapa2??

    mak : nie..Kamal Adli, Fizo Omar...Kamal Adli tu cakap dia tak tau yang HARI BUNGA ROS tu orang Islam tak boleh sambut..ada pulak macam tu..! lepas tu dia cerita yang dia dengan awek dia tu nama apa? lediana?? ha....lediana tu la yang ajaq dia pasai hari-hari macam ni...macam-macam laa...


    aku : la...yaka..mak nie...nasuha nak sambut dengan sapa?huhuhuhu...*tengah promote diri nie

    mak : tak kisah la dengan sapa pon..bukan tunggu sambut dengan boyfren jea...meraikan hari tu dengan kawan-kawan pon dah berdosa...jangan taw nasuha...berdosa...ingat Allah..

    aku : yea mak..nasuha taw...xda satu keja aih nak sambut2 benda2 macam ni...

    mak : mak peringat..dengaq cakap mak taw..

    aku : okay mak...*masih solehah

    mak : okay..mak nak sambung dengaq nie..p la rehat...okay..bye..salam

    aku : okay..nanti nasuha telefon lagi..wasalam...


    haaa...nampak tak? betapa orang tua kita risau pasal kita kalau kita jadi tak tentu arah sambut benda-benda HARAM macam ni...mak aku nie sebagai contoh la...dan aku yakin semua mak dengan ayah korang pon macam tu jugak...sama ada diorang nak tunjuk atau tak ja...macam mak aku, feshen dia. dia akan tunjuk sah-sah...sebab dia taw anak dia ni bengong sikit...

    sejarah Valentine nie banyak sangat versi dia...
    tapi salah satu versi yang aku taw..

    cerita ni melibatkan kaum KATOLIK KRISTIAN..tengok perkataan KATOLIK KRISTIAN pon dah kecut perut kan? dah boleh agak apa sebenarnya amalan siapa Valentine nie... zaman dulu-dlu, raja diorang, Raja  Claudius *nama macam asparagus jea..raja nie menghalang askar-askar diorang kahwin..sebab alasan raja tu, kalau kahwin nanti, hilang la tumpuan untuk menegakkan negara..senang cerita, semangat patriotik tu kurang la..mana tak nya kan...bila dah kawin nie...mesti nak berkepit je dengan bini ...lepas tu..ada pulak anak..lagi banyak la tanggungjawab..nak beli susu dekat anak lagi...okay..aku bagi contoh...bini korang tengah sarat mengandung...nak beranak sangat-sangat dah..tapi masa tu ada pulak lahanat mana ntah nak serang negara korang...haaa!! haaa!! mana satu??? kalau aku pon pening beb!!
    lagi satu contoh..korang xda duit...kalau ada pun memang limit r duit tu..lepas tu kena beli uniform askar..memang wajib r..kalau tak beli kena sula...tiba-tiba susu anak pulak habis..memang dah xde apa-apa kat rumah...kalu tak beli susu dekat anak, nanti tak pasal-pasal anak korang kwashiorkor plak..mana satu penting??arrgghhh!!*aku pulak yang tensyen lebih
    macam tu la kot pemikiran raja diorang tu...

    tapi ada la dua orang mamat yang ketegaq bal0q liat..nama diorang Santo Valentine dengan Santo Marius..kerja diorang nie menikahkan orang..ala-ala Tok Kadi la...pendekkan cerita, si raja tu taw...lepas tu mamat dua orang nie akan dikenakan la hukuman mati...

    dalam temp0h tahanan tu, si Santo Valentine nie bekenan la plak kat sorang minah..minah tu anak warder penjara kat situ...minah ni pon bekenan jugak dekat si Valentine nie...kiranya cinta berbalas la...*cait!!meluat aku..kalau orang tanya siapa merpati dua sejoli kat penjara tu, diorang lah! tak ada orang len dah...-.-
    before si Valentine nie mati, dia ada tulis surat cinta terakhir la kat minah tu..aku dah lupa apa isi surat tu..tapi ayat last dia, 'FROM YOUR VALENTINE'... 14 Feb dua orang nie mati...

    memang cerita nie jadi pegangan la bagi rakyat jelata waktu tu...mat-mat jiwang zaman tu memang buat 2 orang Santo tu idol la...kononnya sanggup mati demi chentaaa~waaaaaaaaaaaaaa......*heaven
    lepas 200 tahun selepas kematian mamat 2 orang tu, tarikh 14 Feb memang diiktiraf oleh Paus Galasius sebagai hari peringatan dua orang suci Katolik Kristian nie yang sanggup mengorbankan jiwa demi kasih sayang...perggghhhh!!!

    s0....moral of the story..bagi aku, Hari Valentine nie tak bawak apa-apa..meraikan kasih sayang?? apa kes??
    kalau nak meraikan kasih sayang, tak payah tunggu Valentine la beb...hari-hari boleh...yang aku hairan, kenapa masyarakat kita sekarang nie just limitkan "hari kasih sayang" nie dengan pacar-pacar aja sih?? apa kurangnya ibuk bapak?? *kan dah keluar pelat sarawak+indon=saradon..hehe..maksud aku, biar la kita berkasih sayang dengan semua orang..tak kira siapa pun... Allah pun suruh kita sebagai umat Islam nie sayang menyayangi antara satu sama lain kan...yang Allah suruh tak nak ikut..yang ajaran ntah apa-apa nak ikut pulak...okay...xmau bebel banyak-banyak..ilmu aku tak cukup lagi....




    kalau tak kena cara la....


    mencarik0nklusi ~ kawan-kawan, janganlah kita menyambut Valentine... : )

    Friday, February 4, 2011

    CONFIDENT IS BEAUTIFUL

    Live well. Love much. Laugh often :)



    I don't regret anything from my past, no matter how bad it seems in hindsight, because every little step I took was leading me right where I am now.

    I am Beyond Awesome.

    I am Beawesome ♥




    Ya Allah..

    kau teguhkanlah imanku...

    kau terangilah hatiku seperti suluh Ya Rasulullah..

    Sesungguhnya aku xkuat tanpa Mu Ya Allah..


    err...nie pic muda2 dulu



    with family, friends and all that support me, i am BEAWSOME!! thanx... :D



    mencarik0nklusi ~ p0st kali nie nampak bongkak kan?hahaha..bukan apa..aku kena bina balik apa yang aku dah hilang dulu.. bagi aku, CONFIDENT IS BEAUTIFUL!!!