cik lesung~


Tuesday, June 5, 2012

aktiviti cuti.

Cuti kali ni memang aku dah tanam dalam-dalam niat nak belajar masak. Untuk masa depan lah katakan. 

 kek coklat


cup cake coklat #acuan je lain dengan gambar atas. Bahan sama.


Next menu, kek pandan.






















mencarikonklusi ~ satu hari satu menu. tujuh puluh hari tujuh puluh menu. ya, ini pantun.

Thursday, May 24, 2012

terkesan.

A love letter from a Muslim man to the girl he loves.

“If you love me, don’t confess your love to me, this won’t please me and will keep me away! love words don’t attract me. If you love me, wait for me and I will knock on your door in the right time. Don’t give me privileges which I don’t deserve. Keep me away from you, and I will approach you. If you approach me, I will stay away from you. Don’t love me, for I want you ignorant in love. I want to teach you love when the right time come and you will be my Halal, only when we are joined together under our Creator’s satisfaction.

Don’t tell me what you feel, don’t give me from your time, don’t push me to lose you. I am a man who won’t accept to see the one he loves committing sins or to live a forbidden love behind the back of her family. I don’t want her to feel guilty and don’t want her heart to suffer.

Put limits to me that I won’t cross, kill me inside you so I won’t grow to kill you. Preserve what is beautiful inside you. I want you innocent, chaste, pure. I want you dear, not easy. And then, Only then, I will face everything and will be ready to go through difficulties to get you

How could I be a faithful man to you when I try to break your chastity? How would I be faithful to you if I push you to betray your family? How could I trust a love which grew under Allah’s wrath ? To love you means to protect you, to preserve you not to kill what is beautiful in you.

Don’t be easy because then, I may not value you. Don’t love me now, so I won’t hate you! My heart wants you and doesn’t want to lose you. I don’t want you to be just a passing fancy to me, I want you a wife, a lover, the mother of my children, I want you to be the one I will spend my whole life with.”


mencarikonklusi ~ oyeah. 

Thursday, May 17, 2012

sign

Beberapa hari lepas aku mengalami konflik hati. Dah lama betul tak alami. Dah memang tahap tak boleh study. Padahal tengah study week. Dan, dalam waktu ni juga, time aku tengah struggle gila nak try juga study, aku teringat satu ayat ni. Tiba ja mulut aku teralunkan ayat ni. Ayat ni aku hafal waktu darjah lima dulu. Terus aku cari tafsir.


بَلِ اللّهُ مَوْلاَكُمْ وَهُوَ خَيْرُ النَّاصِرِينَ ﴿١٥٠

150. Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindungmu, dan Dia-lah sebaik-baik Penolong.

 Surah Al-Imran, ayat 150.
  
Maksud dia memang betul-betul kena batang hidung aku. Memang sharp. 
Aku lega gila. Allah ni, kalau Dia nak bagi petunjuk, dalam apa cara pun boleh. Ikut suka Dia lah nak bagi cara mimpi ke, cara bacaan dalam buku ke, terkeluar sendiri dari mulut macam aku ke. 

Lepas aku dapat hint tu, main blue clues la aku. Rupa-rupanya Allah ni nak dengar rintihan aku untuk minta pertolongan Dia rupanya.

Subuhnya, aku buat solat sunat hajat dan Alhamdulillah! Malam tu juga konflik hati aku tu hilang macam tu ja. Macam tak ada apa benda jadi pun. Serius, rasa tenang gila. 

mencarikonklusi ~ Aku yakin dengan pilihan Mu. 

Thursday, May 3, 2012

terima kasih.

Tahun ni awal betul aku dapat hadiah hari lahir. Padahal lagi sebulan lebih. Terima kasih kepada anda FI. Ya. Anda tahu siapa anda. Terharu dan terkejut. hehe

Note dekat atas tu tak tahan. "Buka pada 9 Jun 2012".

Bab-bab hadiah ni aku gelojoh sikit. Fuh. Sabar.

mencarikonklusi ~ Terima kasih sahabat. Allah saja mampu balas. Semoga dirahmati Allah selalu. ;)


Thursday, April 26, 2012

.

Dulu, aku selalu tensyen dan meluat gila gila kalau ada cikgu yang suka pilih pilih gender. Maksud aku macam ni. Cikgu lelaki baik dengan murid perempuan dan cikgu perempuan baik dengan budak lelaki. Geram kan?

Dekat sekolah aku dulu, ada wujud satu kes yang mana cikgu perempuan ni, kalau dengan murid laki alahaii. Lembut ja leher tu haa. Kalau murid perempuan, tak cakap sangat pun. Dan ya. Dia tak kahwin lagi masa tu. Aku namakan Cikgu A. Cikgu A ni, dia ajar kelas aku Pendidikan Seni. Time kami sekelas tengah buat kerja dia, jangan haraplah dia nak mai round round dekat meja perempuan. Dia akan melekat "kedepupp" dekat meja sorang budak laki ni. Nama dia MR. MR nie Melayu keturunan Bugis. Memang hensem la kot. Putih. Cikgu A tu, sikit-sikit asyik puji ja si MR tu. Lepas tu dia memang suka sangat sembang dengan budak laki. Macam kami yang perempuan ni tak wujudlah senang cerita.

Lepas dari insiden tu, aku terus buat generalisasi. 

CIKGU PEREMPUAN YANG TAK KAHWIN LAGI SUKA LAYAN MURID LELAKI MELEBIHI MURID PEREMPUAN

Aku memang berpegang kukuh dekat prinsip ni. Sampailah satu tahap.

Dah tiga kali aku pergi buat SBE dekat sekolah setiap sem. Bila aku tenung-tenung balik, gambar aku banyak dengan murid laki, surat atau hadiah banyak dari murid laki, aku banyak ingat nama murid lelaki, yang dok friend dekat FB murid lelaki, yang dok hantar mesej pun murid lelaki. Habis murid perempuan? Badi Cikgu A turun dekat aku kah?


Aku dah dapat realise satu benda. Aku terapat dengan murid lelaki nie sebab diorang ni style ringan mulut. Ada ja benda yang aku nak berleter. Macam manapun, mesti aku akan cakap banyak dengan diorang berbanding budak perempuan. Budak perempuan dalam umur sekolah rendah ni, pemalu. Diam ja. Jadi, aku tak banyak masalah dan automatik tak payah berleter panjang dekat diorang. Sebab tu, nama murid perempuan ni aku tak berapa ingat sangat. Jarang sebut sebab diorang tak buat perangai. Kalau murid lelaki, MasyaAllah!

Lepas tu aku reflect balik dengan kes Cikgu A ni. Dia pun mesti macam tu jugak kan dulu. 

Sebelum ni berapi sangat kau, Nasuha. Padan muka!

dah boleh bernafas.

Alhamdulillah. Hari ni, baru aku rasa boleh bernafas sikit lepas hampir dua bulan jugak la sibuk dengan segala benda. Assignment, portfolio, gadjet, test, UAK, Karnival Akademik semua dah lepas. Kalau tidak malam ni ada lagi kelas, tapi, setelah buat confession dengan lecturar, huh ! kelas batal beb!
 
Hari ni aku, takmau fikir apa langsung. Nak balik je. Mak dah pesan suruh ajak kawan datang rumah. Nak buat ais kacang katanya. Maklumlah, rumah aku ada mesin ais kacang. cewah

Tensyen buat assignment Politik hari tu, sempat aku main kelik kelik.




Balik esok, lepas peluk mak, aku nak peluk yang nie.



 


Friday, April 20, 2012

Selamat Hari Lahir Abah.

19 April 1958. Hari ni genap la umur abah 54. Abah aku ni tegas sikit orangnya. Dia memang jaga anak-anak dia dari segi apa benda anak dia makan, main, buat, berkawan. Semualah. Abah aku ni orang sukan badminton. Seminggu kalau dia tak turun main, dia rasa tak senang duduk. Sampai aku umur sekarang, dia still ambil tau semua pasal aku. Dulu, waktu aku kecik, jangan haraplah nak beli cekedis-cekedis semua tu. Haram ada dalam rumah !Tambah-tambah kalau keluar pergi kedai dengan dia. Aku diam ja. Tapi, yang peliknya, aku memang tak pernah minta pun semua benda tu. Mungkin sebab dah biasa kot.

Aku ingat lagi. Umur aku darjah dua. Aku teringin sangat nak makan ais pop. Ala, ais yang warna-warni tu. Tapi yang ni versi tak beku. Seronok pulak aku tengok kawan aku main tembak-tembak guna ais tu. Cara dia, gigit sikit plastik ais tu kasi berlobang, then, picit. Laju la air tu keluar kan. Bukan nak minum sangat pun. Lepas tu, aku beli la dekat rumah belakang. Sepuluh sen je. Time tu aku rasa berdosa macam bunuh orang.*OVER. Dengan perasaan berdosa tu, aku kayuh la basikal balik rumah. Ingatkan abah takda kat rumah. Aku pun lega gila gila. Gigit buat lobang sikit dekat plastik ais tu lepas tu picit masuk mulut sambil tengok kartun Sailormoon.

Tiba-tiba, ada orang rampas ais tu dari belakang. Terkejut jebon lah aku. Rupanya abah. Dia dok usha aku lama dah rupanya. "Berapa kali abah kata jangan beli! Ketegaq! Beli jugak! Ais dalam peti ais tu orang dah buat sedap-sedap takmau makan!" Tapi, sebelum dia serang aku, dia bagi can la jugak aku merasa setengah ais tu. Lepas tu, merah lah telinga aku. Aku ingat lagi, tersedu-sedu aku nangis. Sedih. Arwah Tok yang pujuk. Betapa abah aku tak bagi aku makan benda-benda macam tu.

Bila dah besar pulak. Benda lain pulak dia kawal. Sampai sekarang,dia still suruh aku mandi, kalau aku mandi lambat. Kalau aku tengah dalam bilik air tu pulak, aku akan dengar suara dia, "Nasuha, mandi tu gosok kepala banyak-banyak. Biar haba dalam badan tu keluar. Abah pegang tangan Nasuha tadi panas tu. Tu lah. Mandi kurang".

Dia jugak yang tentukan pakaian aku sekarang. Kalau aku terpakai jeans yang ketat sikit. Dia akan geleng kepala. Lepas tu dia akan kata, "Nasuha tak kesian kat abah ka?Abah yang kena tanggung ni." Aku kalau dengar ayat keramat tu. Terus masuk bilik tukar. Tak cakap banyak dah.

Ha. lagi satu. Aku nak cerita akibat tak dengar cakap abah. Kes ni baru berapa bulan terjadi. Macam ni, aku jenis cepat terpengaruh dengan orang. Sepupu aku ni promote la satu jenis foundation muka dekat aku. Aku tengok dia pakai pun cantik. Maybe sebab sesuai dengan kulit muka dia kot. Bila aku try pakai, muka memang nampak flawless ja. Cantik. Aku pun nak beli. RM80 pun aku tak kesah. Asal muka nampak okay. Buruk betul perangai. Abah aku dah perasan dan dah nasihat aku. Jangan guna. Guna la apa yang aku selalu guna. Tapi aku degil. Nak pakai jugak. Sebab aku ni fikiran pendek. Asal nampak kesan awal je, aku dah syioq tak terhengga. Lepas 2 3 minggu, muka aku infection. Bila abah suruh stop lagi, aku keras kepala jugak. Lagi teruklah infection. Lepas tak tahan sangat, aku stop. Dan muka aku better. Jangan ingkar perintah abah sebab dia tau yang mana baik dan buruk dekat kita.

Motor lama dengan helmet tembikai dia. Semat dop abah saya? *gambar ini diambil sebelum penguatkuasaan helmet tembikai tidak dibenarkan oleh JPJ Malaysia

mencarikonklusi ~ Selamat hari lahir abah. Semoga abah diberkati umur dan dimurahkan rezeki. *First time abah balas mesej aku panjang gila waktu wish tadi.