cik lesung~


Friday, October 5, 2012

amoi.

Sedang aku mandi, dengar pulak suara orang masuk toilet sambil nyanyi lagu Ainan Tasneem. Ala. Tajuk Aku Suka Dia ke apa entah. Kuat kot orang tu nyanyi. Aku tak tau siapa. Tapi sedap. Confident je dia nyanyi. Tahap audition America Idol. Pitching, vibreto semua cukup. 

Cepat-cepat aku mandi. Nak tau sangat siapa yang nyanyi. Sebab, semenjak masuk maktab ni, jarang sangat nak dengar orang menyanyi dekat toilet. Hormon malu dah tersebar kan. Dah keluar shower room, aku buat-buat nak basuh kaki dekat tempat wudhu'. Padahal rutin selepas keluar shower room, gosok gigi dengan cuci muka dekat sinki. #detail pulak aku cerita. 

Jeng jengggg..

Amoi yang nyanyi maaa ! 

Aku tengok dia sambil senyum. Dia balas senyum aku sambil nyanyi dan buat donno. Macam nak cakap je, "You nyanyi sedap maa. Belajar mana?" Tapi waktu tu nampak dia rushing. Tu pun sempat lagi nyanyi. Serius sedap. Dah la nyanyi lagu Melayu pulak. 1 Malaysia maaa ! Aduh. Sakit pancreas.

emak.

Hari ini mood aku biasa-biasa ja.
Habis kelas, pergi Tesco, makan, beli barang sikit, then balik.
Dah sampai bilik, tengah rehat dekat bilik, dapat mesej dari mak. "Hai anak mak. Buat apa tu?"
Terus aku kol. Sebabnya, dengan mak ni, tak best main mesej-mesej. Kaku. Tak puas nak bercerita panjang. Nak gelak-gelak lagi. Bagi aku, mak darjatnya tinggi. Aku takkan samakan dengan orang lain dengan hanya bermesej-mesejan. Itu pendapat aku lah. #ekstrem sangat ke?

Cerita punya cerita, aku lupa yang kredit aku tinggal RM1.20. Maklumlah, aku Maxis, mak Celcom. Akaun Maxis aku expired 2013. Sayang pulak nak tukar ke Celcom lagi. Tahun depan lah. Youth Club la katakan. Aku beli waktu aku youth-yolk dulu. Melalut. Last sekali, line aku dengan mak, terputus. 

Nasib baik cukup untuk hantar satu mesej dekat mak. 
"Nanti dah top up, nasuha call mak eh. Kita sambung cerita tadi tau. Doakan nasuha ! Babai mak ! Ailebiuu!"

Mak balas, "Thanks for your LOVE".

Terus aku rasa hari ni special gila. Mak, you just made my day ! Kalau la aku ada kredit lagi, nak je aku cakap dekat mak.
"Sayang nasuha tak cukup langsung nak banding dengan mak." 


my cofactor

kalau boleh, aku tak nak dia sakit.  aku tak nak dia susah. aku tak nak dia tua pun. Panjangkan umurnya, jangan Kau ambil nyawanya sebelum Kau ambil nyawaku. Aku tak kuat hadapi kehilangan Ya Allah. 


Thursday, September 20, 2012

lullaby song.


hai adik najwa. ni first lagu adik akak rasa bermakna sikit tau. tapi kan dik, lagi bermakna kalau dalam klip ni, adik  labuhkan sikit tudung, dan tambahkan diameter seluar. lagi ohsem !! sebab lagu ni berunsur ketuhanan. anyway adik, akak suka lagu ni. #geli dekat diri sendiri berbahasa begini. fieeuwwww

Saturday, August 11, 2012

SBE 4

Kali ni buat dekat sekolah bandar sikit. Sebuah sekolah yang bukan calang telah dipilih. Dari dulu lagi aku selalu dengar nama sekolah ni. Semalam, aku pergi fotostat borang-borang penting untuk bawa ke sekolah. Sempat aku bersembang dengan pak cik fotostat. Dia cakap, sekolah tu memang budak pandai. Aku kecut perut.

  • Kali ni manusia yang berSBE dengan aku, 14 orang. Great !
  • Guru Besar sekolah ni berpangkat datin. Great ! Lagi aku kecut perut.
  • Dalam ucapan dia waktu dia introduce dekat student, dia tak perkenalkan kami as cikgu. Tapi, kakak dan abang. Great !
  • Sekolah aku still tak putuskan hari Rabu ni cuti atau tak. Guru besar ikut keputusan cikgu. Walaupun pekeliling dah keluar. (Bukan pekeliling wajib ikut ke?) Great !


Sebenarnya, guru besar tu tak john langsung. Berdosa aku. Ingat dia sombong. Aku suka pensyarah atau guru besar yang bahasakan diri cikgu. Nampak humble gitu. Tak kisah la dia datin ke, tan sri paduka ke. Benda baru yang aku dapat hari ni, bila dia cerita pasal status sosial student kat sini. Ada yang parents drug-addict, yang kena dera, mak tiri makan setiap hari pukul 6 petang. Sebelum ni aku tak didedahkan sangat dengan semua ni. Ye la. Mana ada guru besar yang cerita benda buruk pasal sekolah dia. Mesti semua yang best-best je. Anugerah sana anugerah sini. Aku macam salute la dengan guru besar ni. Mungkin dia nak bagi overview pasal tugas cikgu ni. Bukan sejenis student yang kita akan face nanti. 

Untuk first day SBE kali ni, aku bagi 3 dari 5 bintang. Macam Sinaran Passport Kegemilangan pulak.

Thursday, July 26, 2012

hidup oh hidup.

Siapa kata hidup ni senang? Meh sini aku jentik cuping telinga dia. Dugaan merata-rata. Macam jalan tar dekat lorong belakang kedai Ah Seng. Lubang melambak. Silap langkah, terbenam kaki. Macam hidup, tak pandai jaga diri, habis. Dugaan ni Allah datangkan bukan dengan cara hidup susah ja. Tapi, hidup senang pun dugaan. Setengah orang cakap, "Aku hairan tengok orang. Masalah tak henti. Aku happy je. Tak da pulak aku diuji dengan apa-apa." Sahabat, anda salah sikit ye. Itu pun sebenarnya ujian. Allah nak tengok macam mana kita handle ketidakadamasalah kita tu. Bongkak kah kau? Sombong mendongak langit? 
Minta dijauhkan. Mak selalu pesan, walau apa pun kejayaan yang kita dapat, jangan mendongak langit. Jangan sesekali. Sebab tak kemana pun. Kalau kau dah sombong dengan diri, orang sekeliling, Allah, habislah. Senang cerita, merendah diri lah. Tak rugi. Orang lagi respect ada lah. Kan? *sengehhh


Bagi aku, dugaan yang berat lebih baik dari dugaan yang tak ada dugaan? err. Urdhunya bahasa. Maksudnya, kalau kita ditimpa kesusahan, barulah kita macam "Ya Allah. Ampunkanlah dosaku......lagi dan lagi". Kita akan selalu ingat Allah kan? Kalau Allah bagi dugaan kejayaan dekat kita? Selalu ke kita akan terus meminta dari Dia? Tak semua macam ni. Tapi, akan ada jugak sikit. Biasalah, dah senang kan. Jujurnya, yang tu paling aku takut. Takut jauh dari Dia. Sebab kita akan rasa hidup ni ditongkat langit. Bahaya kan? Nauzubillah. 


mencarikonklusi~ Alhamdulillah, suprise final result. Hadiah untuk mak dan abah. Boleh kurangkan sikit rasa penat diorang besarkan aku. Apa pun, merendah dirilah. Tak selalunya kita di atas. Be to Allah as He wishes, and He will be to you more than you can wish for. *senyuuummmm

Saturday, July 14, 2012

video pilihan.


sedia untuk ramadhan?

Setiap kereta dan motosikal perlu panaskan enjin sebelum bergerak. Begitu juga kereta lembu. Lembu itu perlu diberi makan dan diusap-usap kepala mahupun perutnya sebagai motivasi untuk bergerak.

Sebelum ni, aku tak tahu pun pasal apa yang kita perlu buat sebagai persediaan Ramadhan. Apatah lagi, nak terfikir pasal wujudnya sekumpulan manusia yang adakan majis untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Subhanallah. Pertama kali aku sampai ke majlis macam tu. Ada perkongsian ilmu, makan sedulang, dapat kenal dengan ikhwah yang tak pernah berjumpa pun sebelum ni. Mereka sangat meraikan kedatangan Ramadhan. Sangat. Besarnya Ramadhan. Bulan yang mana Allah luaskan pintu keampunan seluas luasnya. 

Aku tahu tibanya Ramadhan, manusia perlu berlumba-lumba untuk dekatkan diri kepada Allah. Aku silap. Sebelum kita mula masuk Universiti Ramadhan ni, kita perlu biasakan diri dengan segala qiam, zikir, bacaan Al-Quran dan serba serbi lah. Perlu mula sekarang. Lagi 6 hari. Nanti, tak lah lelah waktu sampai Ramadhan. 

Mereka sangat ohsem.

Booklet Battle Plan untuk Ramadhan tahun ni. Semoga penuh diisi. 


mencarikonklusi ~ tak sabarnya Ramadhan. :)