cik lesung~
Wednesday, December 26, 2012
kisah sedih PMR.
Keputusan PMR aku dulu 6A 2B. Bukan 8A macam kawan-kawan aku yang lain. Untuk sekolah aku, siapa yang tak dapat 8A boleh dianggap alien. Sebab hanya berapa kerat yang tak mampu dapat. Aku lah tu. Sedih, kecil hati, rendah diri hanya Allah saja yang tahu.
Masuk tingkatan 4, ada 6 kelas. 4 kelas yang pertama hanya untuk kawan yang dapat 8A. Dua kelas terakhir, faham-fahamlah. Kelas aku, yang ke enam. Cikgu pun masuk tak masuk. Kelas budak kurang cerdik la katakan. Permulaan tahun 2007 bagi aku memang tak best langsung. Awal-awal tahun lagi aku dah down.
Aku down sebab aku rasa sistem tu tidak adil. Kenapa mesti asingkan yang 8A dan bukan. Aku rebel. Waktu tingkatan 4 lah perangai aku entah apa-apa.
Aku ingat lagi, aku persoalkan sistem ni dekat salah seorang kawan aku. Kebetulan, dia dapat 8A. Jawapan dia mudah. "Hang tak boleh persoalkan semua ni. Cuba hang bayangkan kalau hang sekelas dengan orang 8A, boleh ka hang bersaing dengan depa?". Aku sentap sampai sekarang.
******************************************************************************
Sekarang, aku belajar tentang semua ni. Sistem ni sebenarnya memang tak bagus. Pensyarah aku lah yang cakap. Kenapa kita tak wujudkan sistem belajar bersama. Bukan masalah nak mampu bersaing atau tak.
Mungkin pihak pengurusan sekolah nak jaga pointer. Bila tahun SPM, banyak ja kawan yang 8A dulu turun ke kelas dua terkahir. Honeymoon lah katakan. Yang dua kelas terakhir naik ke kelas empat yang pertama. Walaupun bukan aku.
PMR tak menjamin apa-apa. Baguslah dah nak dimansuhkan.
Tuesday, December 11, 2012
dah ber-CINTA?
Aku tengah hadam buku ni. Best.
Mengisahkan perbezaan antara CINTA dengan cinta. Ini part yang paling aku suka.
3 perkara sesiapa yang ada padanya kemanisan iman. Jom buat checklist.
- CINTA pada Allah dan Rasulullah lebih dari yang lain.
- CINTA seseorang kerana Allah.
- Benci untuk kembali kufur seperti benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.
Amacam? Nilai diri sendiri.
Kalau nak ber-CINTA pun terkedek lagi, jangan mimpi nak bercinta. Bezakan keduanya.
Tuesday, December 4, 2012
resepi #1
Hari ni nak perasan chef lah ! I nak share dengan u ols resepi bebola daging. I try buat menjadi tau. Jadi jangan risau-risau I bagi ajaran sesat eh. Menci menci ! I sue u ols.
BAHAN
# Daging sebesar penumbuk. Pastikan penumbuk kita sama besar.
# 1 sudu besar serbuk lada hitam.
# 4 ulas bawang putih dan 5 bawang merah. Lepas kupas, kalau gatal mata, guna tangan tu gosok mata. Penawar tu.
# 2 sudu besar tepung beras. Main agak pun boleh.
# 1 biji kuning telur
# Bawang goreng.*tak ada tak apa
# Daun sup/ketumbar *tak ada tak apa
# Garam
# Gula. I tak nak ajar u ols guna ajinamoto eh. Luruh rambut.
CARA
1. Kisar daging sampai hancur. Kalau u ols tak rajin macam I, beli je daging kisar Ramlee. I rajin sebab sayang tengok daging seketul dalam peti ais tak bersentuh. Hari lain, i pun rajin jugak pergi kedai beli daging kisar.
2. Kisar bawang-bawang tadi.
3. Campurkan daging, serbuk lada, bawang, garam, gula tadi. Gaul.
4. Masuk tepung beras tadi supaya bebola tu tak hancur waktu goreng.
5. Masuk dua bahan tak ada tak apa.
5. Masuk kuning telur. Gaul dan pastikan bahan tak melekit di tangan.
6. Buat bulat-bulat sebesar taik unta. *Terpulang u ols.
7. Panaskan minyak, terjun !
Sunday, December 2, 2012
marah.
4 perkara yang buat aku marah hari ni. Sangat marah. Berturut-turut. Tapi tak tahu nak marah pada siapa.
Baguslah. Syaitan tengah terkinja-kinja bertepuk tangan dekat hang, Nasuha. Dengan ucapan, marahlah lagi. Marahlah lagi.
Wednesday, November 7, 2012
berat dan cuti.
Bismillah. Rasa seketul beban atas kepala dah hilang. 5 paper untuk sem ni dah lepas, dan dah mula bercuti. yabedabedeuw. Tolong baca yabedabedeuw aku tu guna ekspresi muka biasa-biasa saja. Bukan aku tak suka cuti, tapi ada satu benda yang paling aku tak suka yang akan jadi dalam waktu cuti ni. Satu ja. Tapi dia boleh spoil habis semua mood aku.
Berat badan naik.
Kadang-kadang aku rasa macam perlu satu coach yang jaga rutin aku dekat rumah. Mak jenis selalu masak. Masak pulak bukan yang biasa-biasa. Tambah-tambah bila anak dara yang tiga orang dia ni balik rumah. Abah tak suka makan dekat luar. Mak dengan abah ni suka buat makan-makan lepas tu panggil orang datang makan dekat rumah. Arghh. Tekanan. Tekanan sebab aku akan makan banyak melebihi tekanan sebab aku kena basuh pinggan yang banyak.
Aku selalu pesan dekat mak. "Mak, jangan masak banyak sangat waktu cuti nanti. Nasuha takut gemuk." Mak balas, "Ala. Makan ja. Petang-petang main la badminton dengan adik." Padahal petang aku lebih suka tengok Spongebob Seluar Petak dan tengok adik main badminton dengan kawan dia. Bagus. Dalam bab makan, mak bukanlah seorang yang understanding. Alasan dia, bila lagi dia nak masak untuk anak-anak. Sebab nanti anak-anak pulak kena masak untuk dia.
Itu kisah mak. Ni pulak kisah abah.
Baru-baru ni aku ikut abah pergi ambil adik dekat hostel. Dalam kereta, tiba-tiba dia cakap. " Nanti Nasuha dah ada anak, banyak mana pun keja, curi jugak masa masak untuk depa. Jangan bagi anak-anak makan dekat luar. Biar dari kecil sampai besar, depa makan air tangan kita. Bukan masalah nak jimat duit. Tapi, air tangan kita tu lah sebenarnya yang didik anak-anak jadi baik." Aku jawab, "Okay." Tak tahu nak respond apa. Peh. Sumpah malu bila abah sentuh benda macam tu. Kalau dengan mak okay lagi.
Apa yang mak dengan abah kita buat sebenarnya ada sebab kukuh di belakang.
Friday, October 5, 2012
amoi.
Sedang aku mandi, dengar pulak suara orang masuk toilet sambil nyanyi lagu Ainan Tasneem. Ala. Tajuk Aku Suka Dia ke apa entah. Kuat kot orang tu nyanyi. Aku tak tau siapa. Tapi sedap. Confident je dia nyanyi. Tahap audition America Idol. Pitching, vibreto semua cukup.
Cepat-cepat aku mandi. Nak tau sangat siapa yang nyanyi. Sebab, semenjak masuk maktab ni, jarang sangat nak dengar orang menyanyi dekat toilet. Hormon malu dah tersebar kan. Dah keluar shower room, aku buat-buat nak basuh kaki dekat tempat wudhu'. Padahal rutin selepas keluar shower room, gosok gigi dengan cuci muka dekat sinki. #detail pulak aku cerita.
Jeng jengggg..
Amoi yang nyanyi maaa !
Aku tengok dia sambil senyum. Dia balas senyum aku sambil nyanyi dan buat donno. Macam nak cakap je, "You nyanyi sedap maa. Belajar mana?" Tapi waktu tu nampak dia rushing. Tu pun sempat lagi nyanyi. Serius sedap. Dah la nyanyi lagu Melayu pulak. 1 Malaysia maaa ! Aduh. Sakit pancreas.
Subscribe to:
Posts (Atom)










