cik lesung~


Thursday, April 26, 2012

.

Dulu, aku selalu tensyen dan meluat gila gila kalau ada cikgu yang suka pilih pilih gender. Maksud aku macam ni. Cikgu lelaki baik dengan murid perempuan dan cikgu perempuan baik dengan budak lelaki. Geram kan?

Dekat sekolah aku dulu, ada wujud satu kes yang mana cikgu perempuan ni, kalau dengan murid laki alahaii. Lembut ja leher tu haa. Kalau murid perempuan, tak cakap sangat pun. Dan ya. Dia tak kahwin lagi masa tu. Aku namakan Cikgu A. Cikgu A ni, dia ajar kelas aku Pendidikan Seni. Time kami sekelas tengah buat kerja dia, jangan haraplah dia nak mai round round dekat meja perempuan. Dia akan melekat "kedepupp" dekat meja sorang budak laki ni. Nama dia MR. MR nie Melayu keturunan Bugis. Memang hensem la kot. Putih. Cikgu A tu, sikit-sikit asyik puji ja si MR tu. Lepas tu dia memang suka sangat sembang dengan budak laki. Macam kami yang perempuan ni tak wujudlah senang cerita.

Lepas dari insiden tu, aku terus buat generalisasi. 

CIKGU PEREMPUAN YANG TAK KAHWIN LAGI SUKA LAYAN MURID LELAKI MELEBIHI MURID PEREMPUAN

Aku memang berpegang kukuh dekat prinsip ni. Sampailah satu tahap.

Dah tiga kali aku pergi buat SBE dekat sekolah setiap sem. Bila aku tenung-tenung balik, gambar aku banyak dengan murid laki, surat atau hadiah banyak dari murid laki, aku banyak ingat nama murid lelaki, yang dok friend dekat FB murid lelaki, yang dok hantar mesej pun murid lelaki. Habis murid perempuan? Badi Cikgu A turun dekat aku kah?


Aku dah dapat realise satu benda. Aku terapat dengan murid lelaki nie sebab diorang ni style ringan mulut. Ada ja benda yang aku nak berleter. Macam manapun, mesti aku akan cakap banyak dengan diorang berbanding budak perempuan. Budak perempuan dalam umur sekolah rendah ni, pemalu. Diam ja. Jadi, aku tak banyak masalah dan automatik tak payah berleter panjang dekat diorang. Sebab tu, nama murid perempuan ni aku tak berapa ingat sangat. Jarang sebut sebab diorang tak buat perangai. Kalau murid lelaki, MasyaAllah!

Lepas tu aku reflect balik dengan kes Cikgu A ni. Dia pun mesti macam tu jugak kan dulu. 

Sebelum ni berapi sangat kau, Nasuha. Padan muka!

dah boleh bernafas.

Alhamdulillah. Hari ni, baru aku rasa boleh bernafas sikit lepas hampir dua bulan jugak la sibuk dengan segala benda. Assignment, portfolio, gadjet, test, UAK, Karnival Akademik semua dah lepas. Kalau tidak malam ni ada lagi kelas, tapi, setelah buat confession dengan lecturar, huh ! kelas batal beb!
 
Hari ni aku, takmau fikir apa langsung. Nak balik je. Mak dah pesan suruh ajak kawan datang rumah. Nak buat ais kacang katanya. Maklumlah, rumah aku ada mesin ais kacang. cewah

Tensyen buat assignment Politik hari tu, sempat aku main kelik kelik.




Balik esok, lepas peluk mak, aku nak peluk yang nie.



 


Friday, April 20, 2012

Selamat Hari Lahir Abah.

19 April 1958. Hari ni genap la umur abah 54. Abah aku ni tegas sikit orangnya. Dia memang jaga anak-anak dia dari segi apa benda anak dia makan, main, buat, berkawan. Semualah. Abah aku ni orang sukan badminton. Seminggu kalau dia tak turun main, dia rasa tak senang duduk. Sampai aku umur sekarang, dia still ambil tau semua pasal aku. Dulu, waktu aku kecik, jangan haraplah nak beli cekedis-cekedis semua tu. Haram ada dalam rumah !Tambah-tambah kalau keluar pergi kedai dengan dia. Aku diam ja. Tapi, yang peliknya, aku memang tak pernah minta pun semua benda tu. Mungkin sebab dah biasa kot.

Aku ingat lagi. Umur aku darjah dua. Aku teringin sangat nak makan ais pop. Ala, ais yang warna-warni tu. Tapi yang ni versi tak beku. Seronok pulak aku tengok kawan aku main tembak-tembak guna ais tu. Cara dia, gigit sikit plastik ais tu kasi berlobang, then, picit. Laju la air tu keluar kan. Bukan nak minum sangat pun. Lepas tu, aku beli la dekat rumah belakang. Sepuluh sen je. Time tu aku rasa berdosa macam bunuh orang.*OVER. Dengan perasaan berdosa tu, aku kayuh la basikal balik rumah. Ingatkan abah takda kat rumah. Aku pun lega gila gila. Gigit buat lobang sikit dekat plastik ais tu lepas tu picit masuk mulut sambil tengok kartun Sailormoon.

Tiba-tiba, ada orang rampas ais tu dari belakang. Terkejut jebon lah aku. Rupanya abah. Dia dok usha aku lama dah rupanya. "Berapa kali abah kata jangan beli! Ketegaq! Beli jugak! Ais dalam peti ais tu orang dah buat sedap-sedap takmau makan!" Tapi, sebelum dia serang aku, dia bagi can la jugak aku merasa setengah ais tu. Lepas tu, merah lah telinga aku. Aku ingat lagi, tersedu-sedu aku nangis. Sedih. Arwah Tok yang pujuk. Betapa abah aku tak bagi aku makan benda-benda macam tu.

Bila dah besar pulak. Benda lain pulak dia kawal. Sampai sekarang,dia still suruh aku mandi, kalau aku mandi lambat. Kalau aku tengah dalam bilik air tu pulak, aku akan dengar suara dia, "Nasuha, mandi tu gosok kepala banyak-banyak. Biar haba dalam badan tu keluar. Abah pegang tangan Nasuha tadi panas tu. Tu lah. Mandi kurang".

Dia jugak yang tentukan pakaian aku sekarang. Kalau aku terpakai jeans yang ketat sikit. Dia akan geleng kepala. Lepas tu dia akan kata, "Nasuha tak kesian kat abah ka?Abah yang kena tanggung ni." Aku kalau dengar ayat keramat tu. Terus masuk bilik tukar. Tak cakap banyak dah.

Ha. lagi satu. Aku nak cerita akibat tak dengar cakap abah. Kes ni baru berapa bulan terjadi. Macam ni, aku jenis cepat terpengaruh dengan orang. Sepupu aku ni promote la satu jenis foundation muka dekat aku. Aku tengok dia pakai pun cantik. Maybe sebab sesuai dengan kulit muka dia kot. Bila aku try pakai, muka memang nampak flawless ja. Cantik. Aku pun nak beli. RM80 pun aku tak kesah. Asal muka nampak okay. Buruk betul perangai. Abah aku dah perasan dan dah nasihat aku. Jangan guna. Guna la apa yang aku selalu guna. Tapi aku degil. Nak pakai jugak. Sebab aku ni fikiran pendek. Asal nampak kesan awal je, aku dah syioq tak terhengga. Lepas 2 3 minggu, muka aku infection. Bila abah suruh stop lagi, aku keras kepala jugak. Lagi teruklah infection. Lepas tak tahan sangat, aku stop. Dan muka aku better. Jangan ingkar perintah abah sebab dia tau yang mana baik dan buruk dekat kita.

Motor lama dengan helmet tembikai dia. Semat dop abah saya? *gambar ini diambil sebelum penguatkuasaan helmet tembikai tidak dibenarkan oleh JPJ Malaysia

mencarikonklusi ~ Selamat hari lahir abah. Semoga abah diberkati umur dan dimurahkan rezeki. *First time abah balas mesej aku panjang gila waktu wish tadi.

Wednesday, April 18, 2012

manis.


siapa setuju angkat ketiak !!

walaupun aku ni tak berapa boleh sangat dikategorikan dalam gadis solehah, tapi aku sokong statement  ni 300%. hehe. 

mencarikonklusi ~ psst. ada orang tu kan nak simpan janggut macam osama bin laden. over ! hew hew


tak ada tajuk

Apabila ALLAH menghadirkan sahabat yang begitu banyak 'songeh' dan mencabar kesabaran kamu,ketahuilah sahabat itu datang bukan dengan sia sia melainkan ditakdirkan ALLAH untuk menguji keikhlasan kamu dalam persahabatan. 

ha. kasi besar sikit. apa? apa? entry aku kali ni bukan nak mengumpat ehh. terasa sikit-sikit dalam berkawan tu biasalah. Mana ada orang sempurna. Allah ni macam tau tau je kan aku tengah heart feeling sikit hari ni.Terus Dia bagi hint dekat aku suruh baca quote ni.  Tiba-tiba je aku jumpa quote ni sambil aku main scrol scrol home facebook. hehe

mencarikonklusi ~ Ya Allah, bagilah hati aku ni keras sikit. Lembik sangat. Kecik punya hal pun nak terasa. Podah lah nasuha !