cik lesung~


Tuesday, April 29, 2014

dia.

Dia.
Dia baik.
Dia pembakar semangatku.
Dia menegur untuk kebaikan.
Dia pesan, jangan merungut. 
Dia jujur.
Dia selalu mahu yang terbaik untukku.
Dia juga sentiasa mahu menjadi terbaik untukku.
Dia lebihkan aku daripada diri sendiri.
Dia bukakan mataku supaya tak membezakan darjat manusia.
Dia selalu ada di waktu susah.
Dia marah kalau salah.
Dia puji kembang tak sudah.
Dia tak pernah kedekut masa.
Dia tak pernah berkira.
Dia tak malu bercerita tentangku pada semua orang.
Dia manusia menghargai.
Dia guru kemanuasiaanku.
Dia penyelamat.
Dia pendengar yang baik.
Dia penyelesai masalah.
Dia peneman.
Dia punya cita rasa.
Dia penglipur lara.
Dia kecindan orangnya.
Dia buat aku tak sudah ketawa.
Dia penyebab aku menangis hiba.
Dia sabar orangnya.
Dia berkongsi duka dan suka.
Dia manusia setia.
Dia pembalas jasa.
Dia manusia pemberi.
Dia sudah berusaha segala-galanya.
Dia penenang.
Dia lah kesayangan.

<3

kembali.

Bismillah. Lama betul aku tak jenguk blog ni. Berhabuk, bertaik cicak, berkencing tikus semua dah. Aku bukannya busy mengalahkan Pak Jibby, tapi dalam tempoh tertentu aku ada tanggung jawab. Biasalah student tahun akhir. Dan biasalah jugak, hamba Allah. Macam orang lain. Allah takan cipta kita tak  bertujuan.

Untuk praktikum fasa 3, aku berkampung selama 3 bulan di Nibong Tebal. Tempat praktikum paling jauh yang maktab aku berani hantar. Hantar jauh-jauh, elaun praktikum belum masuk. Eh, tak ada rezeki lagi lah tu. Berhenti merungut. Bak kata dia. 

Sekolah aku, sekolah kampung. Rata-rata pelajar datang dari keluarga berstatus sederhana dan aku berani cakap mereka tak mementingkan pelajaran. Berpeluh jugak nak mengajar. Pertama kali aku jejak kaki di sekolah tu, guru besar sendiri dah bagi gambaran yang aku tak berapa sedap nak dengar. Dalam tempoh masa 3 bulan, aku mula nampak sendiri. Selepas tempoh 3 bulan, aku sendiri merasa dan alami. 

Bukan aku nak menyalahkan sekolah, tapi, apa yang aku boleh katakan, lain tempat lain lah ragam. Mungkin sekolah tu boleh dianggap sebagai pemboleh ubah malar, aku sendiri perlu manipulasikan. Dan gerak balasnya, bergantung macam mana aku sendiri sesuaikan diri dengan persekitaran. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemooo. 

Tapi, (ada jugak tapi) budaya sekolah ni betul-betul lain. Aku sampai-sampai ja dekat sekolah dengan bawa 3, 4 beg tak ada sorang budak pun yang datang tolong. Bukan nak mengharap pertolongan, Alhamdulillah, tulang aku kuat lagi tapi dari situ aku boleh nampak wujud lompong. Macam something wrong gitu. 

Bagi aku, semua benda ni berkaitan. Sikap murid, bergantung pada bagaimana guru mendidik di sekolah. Sikap guru bergantung pada cara pentadbiran sekolah. Kalau ketuanya bengkok, bengkok jugalah di bawah. Lurus ketuanya, lurus jugalah di bawah.

Aku seronok tengak kawan-kawan yang gembira sampai nangis-nangis cikgu sekolah tak mahu mereka tinggalkan sekolah. Aku? Jujur, 3 bulan aku kali ini, amat perit. Amat seksa jiwa raga. Pelbagai aspek. Harapnya, posting bukan di sekolah bersuasana begitu. Amiinn