cik lesung~


Monday, December 26, 2011

Aku perlu KESEMPURNAAN

Semua orang dalam dunia ni kalau boleh nak kesempurnaan. Hei ! Dalam dunia ni mana ada yang sempurna lah ! Kesempurnaan apa yang aku nak mengomel kali ni? Aku nak ngomel ngomel pasal kesempurnaan beragama. Bagi aku, kita mungkin takkan sempurna dalam benda lain. Contoh, " Si Enjolina Julu tu, memang cantik lah! Siapa pun yang tengok dia, mesti nak tengok dua puluh kali lagi. Tapi sayang, sengauu." Ataupun, "Sedap betul suara mamat Bred Put Put tu. Tambah-tambah pula kalau menyanyi lagu Isabela. Tapi tu lah kan. Mengaji pulak tak berapa pandai." 

Apa apa pun yang kita ada dalam dunia ini, mesti ada yang kita akan rasa kurang. Mungkin aspek aspek seperti paras rupa, kebolehan diri. Kali ni, bukan aku nak cakap pasal bab bersyukur, bersyukur tu WAJIB. 

Seseorang yang sempurna dalam beragama boleh membimbing dan membawa diri dia sendiri dan diri orang lain untuk menuju ke arah yang redha. Dalam bahasa yang mudah, lelaki yang berilmu dan beramal soleh akan dapat membimbing isteri dan keluarganya ke jalan yang benar. Agama adalah tiang. Rumah yang tak kuat tiangnya akan roboh. Tetapi, rumah yang kuat tiangnya, tidak akan roboh dan sekali gus akan menjamin keselamatan isi di dalam rumah tersebut. Sebab apa aku kata kesempurnaan beragama? Sebab, kalau orang tu betul-betul beragama, dia takkan buat benda-benda yang jahat. Contoh lagi, hamba Allah ni, dia ikut semua perintah Allah. Hati dia betul-betul bersih. Memang tahap pure. Aku berani kerat kuku, dia takkan buat benda yang tak betul. Sebab, Allah dah block hati dia. Jadi, dia memang betul-betul sempurna dalam agama. 



Dulu, aku pentingkan intelek. Bagi aku, dengan tingginya intelek seseorang itu, dah cukup untuk cover semua perkara. Dengan intelek juga, seseorang itu boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tapi, aku silap. Orang yang tinggi dengan IQ tapi bukan EQ dan juga agama, dia akan lemas. Sebab, dia tak ada tiang untuk berpaut. Dan sebaliknya. 


mencarik0nklusi ~~ Entri ini hanya mengikut arah angin hati. Perlu untuk aku dekati orang bertiang. Boleh aku tumpang berpaut.





Tuesday, December 13, 2011

BERMULA KEMBALI.

Bismillah. semenjak habis musim assignment nie, lama benar tak menaip. Macam biasa, bila dah habis demam exam nie, berbundle-bunde lah masa. Manusia kan, bila tak ada cuti, merungut. bila terlebih cuti pon merungut. Tak pernah bersyukur kan? *gedebuk. kena batang hidung sendiri. buu.

Cuti-cuti nie biasa lah. Banyak betul aktiviti yang manusia-manusia ni dah plan.

  • Kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari tu, 2 3 undangan kahwin hari sama. Jadi, pandai-pandai lah bahagi ruang dalam perut tu nak menyumbat makan yea. Jangan sampai terkeluar balik.
  • Membina lemak dalam badan.*gedebuk kena hidung lagi. Yang ni pon kes tak bersyukur jugak. 
  • Alasan paling kukuh anak-anak nak ajak mak ayah bercuti. 
  • Bergetar jiwa raga tunggu result exam. Waktu nie, mula nak alert dengan anonymous call sebab takut unit peperiksaan call.*jauh-jauhkan la
  • Mak-mak seluruh Malaysia sibuk menurunkan ilmu memasak kepada anak dara lagi sunti mereka. Takut bakal menantu nanti dapat penyakit kurang zat.
  • Anak dara sunti dan anak teruna banyak dapat tawaran jadi pengapit kalau sedara atau kawan-kawan kahwin. 
  • Cikgu-cikgi sibuk tanda kertas periksa.
  • Budak SPM tengah berjuang setengah mati. *aku benci SPM
  • Terasa diri sangatlah tua sebab banyak kawan-kawan yang sebaya dah kahwin. wuuuuu~

Apa pun aktiviti yang kita buat,biarlah besederhana. Sebab, agama pun tuntut kita besederhana dalam semua perkara. Contoh, kenduri kahwin tu, tak payah grand grand sangat pun tak apa. Jemputan beribu-ribu sampai terpaksa berhutang sana sini. Buat setakat yang mampu. Bagi aku, setakat lepas apa yang wajib, cukuplah. Tapi sesetengah orang yang beranggapan, " Laa. sekali seumur hidup kot ! Buat grand grand apa salahnya ?! Kau ni memang target nak kahwin banyak kali ke yang kau buat majlis biasa biasa je heh?" Ini contoh dialog aku. Aku tak pernah lagi dengar orang cakap macam ni. Kalau yang mampu tu, go on lah. Tak ada pon dosanya buat majlis grand-grand. Tak gitu?

Tapi kan, bila cakap pasal kahwin ni. Sekarang ni aku tengok trend kahwin awal. Banyak betul kawan-kawan sebaya dengan aku yang dah dan nak kahwin. Kawan yang selalu main batu selambut sekali waktu kecil-kecil, kawan sekolah yang selalu gosip sana-sini, alih alih, dah nak kahwin. Awal jodoh diorang. Bagus bagus. Saya suka. Saya suka. Tu maksudnya diorang dah matang, dah laksanakan sebahagian iman diorang, Insya Allah, Jannah tempat diorang kalau diorang taat perintah suami, hidangkan makanan dekat suami, layan suami, senyum dekat suami, tunggu suami balik kerja, semua tu pahala. Bukan susah pon nak buat semua tu. Tapi, pahala berganda-ganda.

Cuma, yang tak bestnya bila tengok kawan-kawan dah kahwin ni, ada pulak suara yang bisik-bisik dekat hati sendiri, "Tua dah ke aku nie? Orang yang sama umur dengan aku pun dah kahwin. Aku? Bayang-bayang pun tak nampak lagi". Sabar. Mak aku selalu cakap, " Kalau akak nak orang beriman jadi suami, akak pun kena mula dari sekarang la untuk jadi orang yang beriman." 



mencarikonklusi  ~ terasa janggal pulak tulis blog kali ni. Happy reading ! ;)