cik lesung~


Friday, April 12, 2013

hati.

Aku suka berterus terang. Bagi aku, kalau berterus terang, tak akan wujud salah faham. Tapi bukan untuk satu benda ni. Aku tak mampu. Untuk yang ini, terus terang aku hanyalah pada Allah, mak, abah. Mungkin satu kerugian untuk aku dan manusia itu. Mungkin. Kerana manusia itu tidak akan tahu apa aku rasa, mahu dan tidak mahu. Kecuali, dia ada deria ke lapan. Harap-harap begitu. 
Untuk kes kali ini, lain. Usaha sekadar boleh, doa sehabis boleh, dan tawakal. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak ada lah. Dah ditetapkan dulu di Luh Mahfuz. Tunggu saja.

silap.

Kebiasaan aku selalu dengar, "Ala. Dapat jadual kelas last pulak. Hatoii". Dari mulut aku sendiri pun. Tapi sebenarnya, kalau diamati, murid kelas belakang, walaupun mereka kurang IQ, sebenarnya EQ mereka, masya Allah. Tinggi. Mungkin Allah dah balancekan macam tu. Aku dah mula sayang dengan dua kelas belakang. Mereka hormat guru dan cuba sedaya upaya faham apa yang aku sampaikan. Nampak kesungguhan. Nakal-nakal comel aku pejam mata saja. 

Part paling aku suka, bila keluar kelas. Ada seorang murid lelaki. Kemas, kacak. "Cikgu!" "Ya?" "SYS." "Hah? Apa tu?" "See you soon". "Ouh, okay". Hilang penat aku mengajar tadi. Nampak tak sweetnya mereka? :)

Kecik hati.

Jadual aku hari Isnin, murid tahun 6 Marikh. Kelas kedua dari 4 kelas. Kebiasaan pertama kali sebelum masuk keempat-empat kelas, aku akan panggil seorang murid yang duduk tepi pintu. "Cakap dekat semua  kawan kamu, cikgu nak kelas bersih, meja susun. Cikgu bagi masa seminit, buat sekarang. Selagi tak bersih, cikgu tak nak masuk." Kalau kelas lain, tunggang terbaliklah sibuk cari penyapu, padam papan hitam, ketuk pemadam dekat koridor, cuci tingkap, kutip sampah bawah meja. Kadang-kadang rasa kejam pulak aku. Tapi kelas kali ni, gangsternya lain macam. Aku dengar ada suara mambang jantan,"Ala. cikgu tu kerabat diraja ka? Nak masuk kelas nak bersih-bersih ja." Sarcasm. Aku yang berdiri tepi pintu asalnya dengan muka garang yang plastik, terus kecil hati. Sumpah, aku kecil hati. Masuk ke kelas, terus aku balun kenapa aku nak kelas bersih. "Saya nak kelas bersih sebab nak bagi kamu selesa belajar." Malas nak ungkit apa aku dengar tadi. Kalau ungkit pun, budak-budak. Apa mereka tahu. 

Untuk permulaan hari dalam minggu yang akan di observe, aku down. Down dengan sikap manusia yang tak tahu apa-apa. Aku salah atau mereka. 
  

fasa rumit.

Sekarang adalah fasa rumit bagi aku. Setiap hari tidur jam 3 pagi. Terfikir juga aku ni manusia atau mentadak. BBM (bahan bantu mengajar, bukan blackberry mesenger) dan RPH bukan benda mudah. Aku perlu efisien. Walaupun aku kenal perkataan efisien semasa darjah enam sebab nama kelas, aku tak pernah rasa aku efisien. Kelas aku kali ni, semua darjah enam. Aku perlu berlagak matang depan anak murid. Sebab sebelum ni kematangan aku tahap murid tahun 5 sahaja. Dalam kelas, pasangan praktikum cakap aku garang. Ya, memang aku garang. Buat-buat garang. Takut budak pijak kepala. Alhamdulillah, banyak kesannya. Sebelum masuk kelas, aku dah set peraturan. 
1. Kelas bersih tanpa sampah.
2. Meja tersusun.
3. Nak jawab, angkat tangan, tunggu cikgu pilih, jawab.
4. DTTM
Murid perlu salin dan ingat peraturan aku. Kalau aku tak puas hati dengan kelas, aku akan sebut nombor peraturan. Hang fahamlah sendiri. DTTM, akronim untuk duduk tempat tutup mulut. Yang ini aku cilok idea Allahyarham Sir Mokhtar, cikgu Bahasa Inggeris aku waktu darjah satu. Dia memang terkenal dengan istilah ni.  Aku akan jerit benda ni bagai nak gila kalau kelas bising, murid kena sahut ayat panjangnya. Sekarang di sekolah, kalau aku tengah jalan, akan dengar suara mambang "Cikgu DTTM lah!" Ah, peduli apa aku. Asal pnp aku sampai. 

Bukan senang jadi cikgu oi !