cik lesung~


Thursday, April 26, 2012

.

Dulu, aku selalu tensyen dan meluat gila gila kalau ada cikgu yang suka pilih pilih gender. Maksud aku macam ni. Cikgu lelaki baik dengan murid perempuan dan cikgu perempuan baik dengan budak lelaki. Geram kan?

Dekat sekolah aku dulu, ada wujud satu kes yang mana cikgu perempuan ni, kalau dengan murid laki alahaii. Lembut ja leher tu haa. Kalau murid perempuan, tak cakap sangat pun. Dan ya. Dia tak kahwin lagi masa tu. Aku namakan Cikgu A. Cikgu A ni, dia ajar kelas aku Pendidikan Seni. Time kami sekelas tengah buat kerja dia, jangan haraplah dia nak mai round round dekat meja perempuan. Dia akan melekat "kedepupp" dekat meja sorang budak laki ni. Nama dia MR. MR nie Melayu keturunan Bugis. Memang hensem la kot. Putih. Cikgu A tu, sikit-sikit asyik puji ja si MR tu. Lepas tu dia memang suka sangat sembang dengan budak laki. Macam kami yang perempuan ni tak wujudlah senang cerita.

Lepas dari insiden tu, aku terus buat generalisasi. 

CIKGU PEREMPUAN YANG TAK KAHWIN LAGI SUKA LAYAN MURID LELAKI MELEBIHI MURID PEREMPUAN

Aku memang berpegang kukuh dekat prinsip ni. Sampailah satu tahap.

Dah tiga kali aku pergi buat SBE dekat sekolah setiap sem. Bila aku tenung-tenung balik, gambar aku banyak dengan murid laki, surat atau hadiah banyak dari murid laki, aku banyak ingat nama murid lelaki, yang dok friend dekat FB murid lelaki, yang dok hantar mesej pun murid lelaki. Habis murid perempuan? Badi Cikgu A turun dekat aku kah?


Aku dah dapat realise satu benda. Aku terapat dengan murid lelaki nie sebab diorang ni style ringan mulut. Ada ja benda yang aku nak berleter. Macam manapun, mesti aku akan cakap banyak dengan diorang berbanding budak perempuan. Budak perempuan dalam umur sekolah rendah ni, pemalu. Diam ja. Jadi, aku tak banyak masalah dan automatik tak payah berleter panjang dekat diorang. Sebab tu, nama murid perempuan ni aku tak berapa ingat sangat. Jarang sebut sebab diorang tak buat perangai. Kalau murid lelaki, MasyaAllah!

Lepas tu aku reflect balik dengan kes Cikgu A ni. Dia pun mesti macam tu jugak kan dulu. 

Sebelum ni berapi sangat kau, Nasuha. Padan muka!

No comments:

Post a Comment