cik lesung~


Tuesday, June 19, 2012

dua tahun lagi.

Masuk sem baru kali ni tak seseronok sem sem lepas. Aku sendiri tak tahu kenapa. Yang boleh tahan sikit pun sebab aku ada lagi 2 tahun nak keluar dari tempat ni. Subjek yang dah mula dengan mikro-teaching nya. Ingat senang? Aku tengah tunggu keputusan periksa sem lepas. Perasaan dia sama macam tunggu giliran cabut gigi. Ketar kepala lutut. Rasanya tak boleh kekalkan apa yang aku dapat sem lepas. Macam lagi rendah ja. Alahai, nak pertikai apanya. Dah hang usaha banyak tu, banyak tu lah hang dapat. Sem ni aku terghalit (leka) sikit. Mungkin sebab masa gap antara hari exam tu jauh sangat kot. Erm, salahkan benda lain pulak. Podah !

mencarikonklusi ~ Semoga dapat balik semangat. Kesian Mak Abah mengharap dekat rumah.
Sahabat itu untuk saya MAHAL..
Kerana itu jika dia terjun ke dalam NERAKA,
saya SANGGUP TERJUN juga untuk MENGAMBILNYA SEMULA..
-Hilal Asyraf-

dislike.


Wednesday, June 13, 2012

hardest battle.

Bagi aku, pertarungan yang paling susah, bila kita kena bertarung dengan diri sendiri. Tak kisah dalam apa benda pun. Nak merubah diri maybe. Susah sebenarnya nak merubah benda yang memang dah sebati dalam diri. Contohnya, apa benda yang berkaitan dengan diri, yang kita rasa macam benda tu tak elok, dan kita memang perlu ubah. Perlu. 
Pengalaman aku sendiri, aku sukakan hiburan. Tak kira sama ada aku menghiburkan atau aku dihiburkan. Senang cakap, dari kecil, aku suka menyanyi, menari. Walaupun keluarga aku tak pernah ajar semua tu. Waktu tadika, aku sendiri yang offer diri bila waktu senggang. Macam 5-10 minit sebelum balik rumah, cikgu akan nyanyi ramai-ramai dengan student. Lagu Seekor Labah-Labah ke, ABC ke, Hujan Rintik-Rintik Air Bergelombang ke. Aku akan bisik-bisik dekat kawan suruh dia bagitau cikgu. Malu nak bagitau sendiri yang aku nak nyanyi. Nak bagitau malu, nyanyi tak malu pulak? Podah! Sampai la sekolah rendah dengan menengah. Lepas Form 3, aku quit. 

Sebabnya:
  1. Aku baru tahu suara perempuan aurat. 
  2. Ustazah dalam kelas asyik perli aku. 
  3. Study aku merudum. 
 
Kesan :
  1. Kena blacklist dengan cikgu-cikgu yang ajar persembahan aku dulu. 
  2. Aku menghadapi masalah bila cikgu yang mengblacklist tu mengajar kelas aku. Dia takmau cakap dan pandang muka aku. Sampai aku habis sekolah. 
  3. Stress yang amat sangat sebab tanggung sorang-sorang. Takut ilmu tak berkat. Bermasalah dengan cikgu bukan benda boleh dibuat main-main.
Aku tak pernah melibatkan parents dalam hal ni sebab bukan depa yang ajar aku minat benda ni dari kecil. Depa just tahu yang aku tiba-tiba nak berhenti dan tak halang. Tapi, alasan yang aku bagi dekat sekolah dulu kalau orang tanya kenapa berhenti, aku akan jawab parents tak bagi. Padahal, tak pun.

Lepas pada tu, bila sampai HAKA (Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik), aku boleh tengok kot luar tingkap je orang buat rehearsal persembahan.


 *******************************************************************************

Sebenarnya, kita boleh ubah diri kita walau macam mana benda tu melekat liat pun dalam diri. Tak kisah la, minat ke, pakaian kita ke yang kita rasa tak berapa kena dengan agama. Allah ada dengan kita. Buat apa kita nak risau? Sebab benda yang kita buat tu betul. Cuma tinggal, yakin ja pada diri. Biar lah apa orang nak kata. Sebab ilmu Allah ni luas. Banyak lagi benda yang best-best yang Allah pun suka. Qasidah ke, nasyid ke. Hiburan jugak tu. Pakaian pulak, normal lah, orang perempuan ni sebenarnya sukakan benda yang cantik, dan dia sangat suka bila orang puji dia cantik. Aku tak terkecuali. Suka sangat dengan dresses, tudung belit-belit sana sini, mekap-mekap. Aku suka. Tapi, kita perlu rujuk pada hukum Allah. Boleh je nak pakai dresses. Allah tak marah. Asalkan, labuh, warna tak terang mak enon, okaylah tu. Islam kan sederhana? Boleh je nak mekap. Allah tak kata pun tak boleh. Asal sesuai pada masa, tempat, dan kepada siapa kita bersolek.

Bila kita dah mula ambil langkah perlahan, Allah akan uji kita. DIA sebenarnya nak test istiqamah tak kita sebenarnya. DIA bagi macam-macam halangan. Kena blacklist lah, rasa diri down lah sebab rasa diri tak hot macam orang lain. Ayat yang aku rasa sesuai, kita perlu kebal. Maybe sebab aku malas nak ambil tahu hal orang lain, aku rasa macam lantaklah. Aku dengan hang lain. Allah kurniakan setiap hamba dia macam-macam kelebihan. Tambah tolak lah kan? Bila kita dah get use dengan segala perubahan, Allah akan bagi seribu kemudahan untuk kita. Trust me.

Alhamdulillah, cikgu yang blacklist aku dulu tu dah okay dengan aku lepas aku ambil tindakan berani mati wish hari guru dekat dia. 

Ikhlas dari hati.


 mencarikonklusi ~ I.S.T.I.Q.A.M.A.H

Sunday, June 10, 2012

21 (lagi)

Ingatkan tak da kek tahun ni.



Antara hadiah birthday tahun ini. Macam tau-tau ja aku 'rajin' membaca. Aku tekad nak baca sampai habis semua novel ni. Nak buat rekod. 4 biji novel yang pernah dibaca selama 21 tahun hidup. *tolak novel komsas sekolah menengah


mencarikonklusi ~ Terima kasiihhh !

Saturday, June 9, 2012

21.

Alhamdulillah. Allah tak tarik lagi umur aku. Maksudnya memang banyak la dosa aku. DIA dah bagi peluang 21 tahun nak bertaubat. Terima kasih atas ucapan dan doa. Semoga Allah memberkati umur. Sejujurnya, harapan aku bila dah umur 21 ni, aku nak ubah pemakaian dulu. Harap berterusan. Hari lahir kali ni, tak dak kek. Sebab tak da siapa kat rumah. Harap aku nak habiskan, memang keras kematu la dalam peti ais.


mecarikonklusi ~ Dalam banyak-banyak ucapan, aku tak jumpa lagi ucapan yang betul-betul aku nak. *Semoga cepat kurus*. Terima kasih.

Tuesday, June 5, 2012

aktiviti cuti.

Cuti kali ni memang aku dah tanam dalam-dalam niat nak belajar masak. Untuk masa depan lah katakan. 

 kek coklat


cup cake coklat #acuan je lain dengan gambar atas. Bahan sama.


Next menu, kek pandan.






















mencarikonklusi ~ satu hari satu menu. tujuh puluh hari tujuh puluh menu. ya, ini pantun.