cik lesung~


Tuesday, October 8, 2013

sedih pedih

Setiap pekerjaan, kita sendiri akan tahu tahap usaha kita. Kalau markah tak baik, kita tahu kenapa tak baik. Mungkin kita buat caca merba. Tapi, bila kita usaha bagai nak mati untuk siapkan satu tugasan, dapat markah pun baik, of course bersyukur gila dan rasa berbaloi untuk diri sendiri. Sebab, kita tahu ia berpadanan dengan usaha.

Tapi,
Sedih kalau ada suara di belakang yang kata kita dapat markah baik sebab pemberi markah baik dengan kita. Bukan dari usaha kita sendiri. Padahal, kita tak pernah terhegeh-hegeh untuk berbaik dengan pemberi markah tersebut. Baik setakat hormat dan bukan baik sebab hendakkan balasan. Hanya kita tahu niat kita.

Please having a pretty mind, pretty heart, and pretty soul peeps. 

Cerita rekaan semata-mata. 

the sweetness of abah

Selalunya kalau balik cuti, aku akan balik dengan kawan dan dia akan tinggalkan aku dekat tol sebab rumah dia jauh lagi. Abah yang akan jemput aku dari tol ke rumah. Kalau beg kecil, aku akan suruh abah ambil dengan motor ja. Cepat. 

Perjalanan dari tol dengan rumah cuma ambik masa 20 minit ja. Dekat dan kami akan lalu satu jambatan. Jambatan Semeling. Rumah aku dari jambatan pulak, 10 minit. Atas moto, kami selalu bersembang. Banyak benda nak cerita dekat abah pasal hidup aku di maktab. 

Sampai atas jambatan, aku tanya abah. "Abah rasa kan, ada buaya dak dalam sungai ni?" Abah jawab, "Mesti ada. Dalam ni.Waktu orang dok buat jambatan ni, umuq Nasuha berapa?" "4 tahun rasanya. Awat abah?" "Ingat dak waktu jambatan ni tengah bina, tak siap lagi pun, abah selalu bawa Nasuha mai sini. Buat apa tak tau. Padahai bahaya nii! Abah tak pikiaq ka waktu tu? Apa benda la abah pikiaq waktu tu sampai tak ingat pasai bahaya dok bawak anak mai sini." Suara dia kesal sungguh. Aku pun try calmkan dia. "Ala. Tak jadi apa pun. Cuma selipar Nasuha ja jatuh. Sayang sebab selipar Sailormoon.hehe." "Yaka? Abah lupa dah. Tapi dulu abah memang pegang Nasuha kuat-kuat waktu bawa mai sini. Tak lepas pun tangan." 

Walaupun aku selalu berselisih pendapat dengan abah, tapi, bila sampai satu tahap, aku tak boleh sangkal yang sayang abah dekat anak dia tak pernah kurang. Dari dulu sampai sekarang.

praktikum fasa II

Alhamdulillah.
Sekolah okay, cikgu-cikgu mesra, student comey, mak cik kantin baik, pekerja rajin, guru pembimbing understanding, praktikum mate sekepala, markah cemerlang.

Thanks Allah. :)


 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Kebangsaan Batu Maung


Warga SKBM


Thursday, September 5, 2013

redha.

Bila kamu kata kamu redha, kenapa pipi masih basah dengan tangis hiba?

Bila kamu kata kamu yakin dengan Allah punya rencana, kenapa masih perlu ada ragu di 

dada?

Dia Allah punya dan bukan kamu yang punya. Allah berhak ambil bila-bila. Doakan saja dia 

bahagia. 

Derita kamu sebentar saja. Tak kan lama. 

Cuma bergantung pada tahap yakinmu pada ketentuan Yang Esa.

Balik pada Dia. Allah akan sembuhkan tiap luka. Percaya dan terus berdoa. Moga kamu 

berolah bahagia. Walau bukan dengan dia. Tapi yang pasti, lebih baik dari dia. Kan Allah 


dah tetapkan semua. Apa kamu lupa? 

Monday, June 17, 2013

rindu


Sekolah seterusnya, Sekolah Kebangsaan Batu Maung. Buat perangai baik-baik. Cikgu ni jenis berangin jugak. 

love is..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
"kriik kriikk kriik kriik"

sejenis cengkerik gemuk yang hanya tahu makan dan menari

reminder from sorga

Mula semester enam kali ini dengan perasaan gundah gulana.
Tak sanggup nak depan masalah, kerja banyak, keputusan periksa, anak murid yang macam perangai, tanggung jawab sebagai penolong kelas, pensyarah yang hendakkan itu ini. 
Tiba-tiba, terjatuh satu nota. Kawan aku tulis dua tahun lepas. 

"Tidak akan engkau berperasaan gundah sekiranya engkau tahu apa yang engkau mahu" - Umar al-Khattab.

Reminder from heaven. 

d.r.e.a.m.


selamat hari abah.

walau abah garang, abah tetap terbaik.
walau adakala kita tak sependapat, abah tahu yang terbaik.
walau abah tak semacho Ady Putera, abah tetap terhensem.

Selamat Hari Bapa, abah.
Sayang abah. 





tak gadoh risau


Monday, May 13, 2013

Peneman II

Peneman di bilik. Semenjak si Puan Roomate berumah tangga, solo molo lah di bilik merenung nasib.



Tika kasih melestarikan sayang,
 semuanya indah di pandang mata,
 apabila rasa benci terbit di hati, 
rasa kasih dan sayang pun menyisih.
 Tanda kasih yang abadi, 
dalam senang jua dalam kesempitan.
 Kasih Illahi tiada bersempadan,
 tak memilih siapa, tidak berakhir kekal selamanya. 

Peneman.

Peneman di rumah.




Peneman di maktab. 


Corak sama, lain warna. Awak dua jangan gaduh. Dua-dua saya sayang.  

Alhamdulillah wasyukurillah.

Jumaat, 3 April 2013. Majlis Anugerah Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang.




Hadiah untuk mak dan abah. Contoh untuk adik-adik. Rezeki dari Allah. Alhamdulillah. 

selesai fasa pertama.

Walaupun dah minggu exam pun sekarang, nak cerita jugak pasal last praktikum. Sebulan di Sek Keb Bayan Lepas boleh dikatakan ohsem jugak la. 

Aku sayang sangat nak tinggal budak-budak ni sebenarnya. 
Tak banyak sangat dapat hadiah macam kawan yang praktikum di sekolah-sekolah elite. Sekolah aku ni rata-rata budak kampung dengan budak flat. Jadinya, aku pulak jadi serba salah nak terima hadiah diorang. Entah-entah pecah tabung nak beli hadiah. Tapi banyak dapat kad guna kertas buku latihan yang dikoyak dekat page-page belakang tu. Aku pernah buat dulu. Nak bagi hadiah tak ada duit. Tapi nak bagi jugak. Koyak lah buku page last tu. Senang cerita. Dalam gambar, ada gelang manik warna hijau. Anak murid paling gangster dalam batch darjah 6 yang bagi. Buat sendiri katanya. 50/50 jugak aku nak percaya. Tapi tak apa, cikgu suka walaupun warna hijau dia, pehhh memang tak gamak. :)





Hadiah untuk murid dari aku, bookmark. Tak mampu nak beli hadiah mahal. Anak murid 111 orang. 
"Anak murid cikgu yang comel, semoga berjaya dalam UPSR. Jumpa lagi :)." 
Cikgu Nur Nasuha Roslan






Friday, April 12, 2013

hati.

Aku suka berterus terang. Bagi aku, kalau berterus terang, tak akan wujud salah faham. Tapi bukan untuk satu benda ni. Aku tak mampu. Untuk yang ini, terus terang aku hanyalah pada Allah, mak, abah. Mungkin satu kerugian untuk aku dan manusia itu. Mungkin. Kerana manusia itu tidak akan tahu apa aku rasa, mahu dan tidak mahu. Kecuali, dia ada deria ke lapan. Harap-harap begitu. 
Untuk kes kali ini, lain. Usaha sekadar boleh, doa sehabis boleh, dan tawakal. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak ada lah. Dah ditetapkan dulu di Luh Mahfuz. Tunggu saja.

silap.

Kebiasaan aku selalu dengar, "Ala. Dapat jadual kelas last pulak. Hatoii". Dari mulut aku sendiri pun. Tapi sebenarnya, kalau diamati, murid kelas belakang, walaupun mereka kurang IQ, sebenarnya EQ mereka, masya Allah. Tinggi. Mungkin Allah dah balancekan macam tu. Aku dah mula sayang dengan dua kelas belakang. Mereka hormat guru dan cuba sedaya upaya faham apa yang aku sampaikan. Nampak kesungguhan. Nakal-nakal comel aku pejam mata saja. 

Part paling aku suka, bila keluar kelas. Ada seorang murid lelaki. Kemas, kacak. "Cikgu!" "Ya?" "SYS." "Hah? Apa tu?" "See you soon". "Ouh, okay". Hilang penat aku mengajar tadi. Nampak tak sweetnya mereka? :)

Kecik hati.

Jadual aku hari Isnin, murid tahun 6 Marikh. Kelas kedua dari 4 kelas. Kebiasaan pertama kali sebelum masuk keempat-empat kelas, aku akan panggil seorang murid yang duduk tepi pintu. "Cakap dekat semua  kawan kamu, cikgu nak kelas bersih, meja susun. Cikgu bagi masa seminit, buat sekarang. Selagi tak bersih, cikgu tak nak masuk." Kalau kelas lain, tunggang terbaliklah sibuk cari penyapu, padam papan hitam, ketuk pemadam dekat koridor, cuci tingkap, kutip sampah bawah meja. Kadang-kadang rasa kejam pulak aku. Tapi kelas kali ni, gangsternya lain macam. Aku dengar ada suara mambang jantan,"Ala. cikgu tu kerabat diraja ka? Nak masuk kelas nak bersih-bersih ja." Sarcasm. Aku yang berdiri tepi pintu asalnya dengan muka garang yang plastik, terus kecil hati. Sumpah, aku kecil hati. Masuk ke kelas, terus aku balun kenapa aku nak kelas bersih. "Saya nak kelas bersih sebab nak bagi kamu selesa belajar." Malas nak ungkit apa aku dengar tadi. Kalau ungkit pun, budak-budak. Apa mereka tahu. 

Untuk permulaan hari dalam minggu yang akan di observe, aku down. Down dengan sikap manusia yang tak tahu apa-apa. Aku salah atau mereka. 
  

fasa rumit.

Sekarang adalah fasa rumit bagi aku. Setiap hari tidur jam 3 pagi. Terfikir juga aku ni manusia atau mentadak. BBM (bahan bantu mengajar, bukan blackberry mesenger) dan RPH bukan benda mudah. Aku perlu efisien. Walaupun aku kenal perkataan efisien semasa darjah enam sebab nama kelas, aku tak pernah rasa aku efisien. Kelas aku kali ni, semua darjah enam. Aku perlu berlagak matang depan anak murid. Sebab sebelum ni kematangan aku tahap murid tahun 5 sahaja. Dalam kelas, pasangan praktikum cakap aku garang. Ya, memang aku garang. Buat-buat garang. Takut budak pijak kepala. Alhamdulillah, banyak kesannya. Sebelum masuk kelas, aku dah set peraturan. 
1. Kelas bersih tanpa sampah.
2. Meja tersusun.
3. Nak jawab, angkat tangan, tunggu cikgu pilih, jawab.
4. DTTM
Murid perlu salin dan ingat peraturan aku. Kalau aku tak puas hati dengan kelas, aku akan sebut nombor peraturan. Hang fahamlah sendiri. DTTM, akronim untuk duduk tempat tutup mulut. Yang ini aku cilok idea Allahyarham Sir Mokhtar, cikgu Bahasa Inggeris aku waktu darjah satu. Dia memang terkenal dengan istilah ni.  Aku akan jerit benda ni bagai nak gila kalau kelas bising, murid kena sahut ayat panjangnya. Sekarang di sekolah, kalau aku tengah jalan, akan dengar suara mambang "Cikgu DTTM lah!" Ah, peduli apa aku. Asal pnp aku sampai. 

Bukan senang jadi cikgu oi !

Saturday, March 9, 2013

Alhamdulillah, ya Rahman.

Aku tak  pernah target benda yang aku tak pernah dapat. Tapi, kali ini, Alhamdulillah Allah bagi aku merasa sekali. Tahu pun, sebab kawan yang bagitahu. Bukan tahu sendiri. Teruk betul. Bila cerita dekat mak dengan  abah, bertubi-tubi ucapan tahniah. Aku nak cakap terima kasih pun tersekat. Aku tak layak sebenarnya nak terima tahniah tu. Sebab, bagi aku, mak dengan abah tak perlu ucap sebab aku dapat ni pun sebab mereka. Tak ada sebab lain.

Kalau bukan mereka yang besarkan aku, apa la jadi dengan aku sekarang.
 Kalau bukan mereka yag hantar aku selama 4 taun pergi balik maktab, op kos aku tak boleh merasa anugerah ni.
Kalau bukan mereka yang selalu bagi semangat dekat aku, tak study lah aku.

Argh. Kalau nak disenaraikan jasa ibu bapa kita,seumur hidup tak habis.

Mak abah, ni hadiah untuk mak dan abah. Walalupun sebenarnya tak mampu aku balas. Sampai bila-bila. Semoga aku jadi saham untuk mereka di akhirat nanti.  Amin

#Allah dah jawab soalan pelik aku dalam post lepas. Kenapa kita susah nak dapat apa kita nak. Rezeki yang dicari itu memang baik, tetapi rezeki yang ditemui itu lebih baik. Alhamdulillah, ya Rahman. :)


Friday, March 1, 2013

ouh. saya suka ini.

Jangan malu kerana menutup aurat. Tidak perlu merasa rendah diri jika berjalan dengan rakan-rakan yang lebih urban, up to date dan moden pemakaian mereka berbanding kamu yang hanya berjubah, berbaju kurung, ber t-shirt labuh, bertudung labuh tanpa sebarang mekap atau batu-batuan permata di tubuhmu atau heels setinggi 4 inci tersarung di kaki.

Jika mereka menjadi tumpuan, biarkan saja kamu menjadi lindungan. Terlindung daripada mata-mata nakal yg menerokai setiap apa yg tersarung di tubuhmu. Terlindung daripada bisikan-bisikan nakal yg mungkin mencemburui penampilanmu. Tanam di dalam sudut hati untuk mengelakkan tabarruj, mengelakkan keterbukaan aurat dan paling penting mengelakkan kemurkaan Allah. Cukup lah takwa itu sebagai pakaianmu, malu itu sebagai perisaimu. :)

stop.

Andai itu menjaga hati aku, biar lah. Herm, sedih. Sangat sedih. 

Tuesday, February 26, 2013

grateful.

Satu malam, aku tanya kawan satu soalan yang bagi aku biasa, tapi sebenarnya macam apa lagi. 

Aku : Kenapa kita susah sangat nak dapat apa kita nak?
Kawan : Hang nak apa?
Aku : Apa-apalah.*padahal malu nak bagi tahu. Susah kan? Kena usaha bagai nak gila baru dapat. Tu pun belum tentu dapat.
Kawan : ......................

Konklusinya, persoalan aku tak ada jawapan. 

Malam yang sama, tengah scroll news feed facebook, biasalah berlagak macam tak ada kerja.  Tiba-tiba, pup ! Batang hidung aku yang penyet ni terasa lagi terpenyet.

JANGAN KITA PERSOALKAN KENAPA KITA SUSAH UNTUK MENDAPAT APA YANG KITA HENDAK KERANA ALLAH DAH BERIKAN APA YANG KITA PERLU. BERSYUKURLAH.

Bersyukurlah nasuhaaa. bersyukurlahhhhhhh.

newies.


saya suka lagunya walaupun video klipnya macam, "eh, tak paham. eh, eh."

Thursday, February 21, 2013

golden words.

"Mak harap akan bertambah keimanan dihati dengan ujian yang diturunkan. Insya Allah pulangan pasti terbaik dari Nya. Hanya masa yang menentukan. Jangan putus asa sebab orang yang putus asa dengan janji Allah adalah orang yang gagal dalam hidup. Allah lemparkan sedikit keistimewaan pada hamba yang dipanggil ibu. Sekilas terdetik di hati anak, insya Allah mak dah terasa. Sebab tu tak perlu sembunyi apa-apa dari mak. DIA menyediakan yang lebih baik dari yang ada. Okay?"


Mak, 723pm, 21.2.2013.

Thursday, February 7, 2013

hikmah.

Betul lah. Apa yang kita buat dekat dunia ni, dah diaturkan oleh Allah. Keputusan yang aku pilih sekarang ternyata ada hikmah yang sekarang Dia sedang singkap sikit-sikit. 

Semalam. Ada sahabat mencuit tangan aku dan sampaikan sesuatu. Agak perlahan bunyinya. Mungkin tak mahu orang dengar.

Sahabat : Dekat mana boleh dapat handsock ni? Nak beli dekat mana eh?
Aku : Haa. Dekat Tesco ada. Kedai SAWKS tu. 
Sahabat : Yea? Ada eh dekat situ? Berapa ringgit eh?
Aku : Tak mahal. 6-7 ringgit boleh dapat dah.
Sahabat : Okay. :)

Hari ini. Tak sengaja aku terpandang tangan sahabat semalam.

Aku : Wah, cantiknya. Dah beli?
Sahabat : Dah. Kami tengok ampa pakai nampak comey. Kami pun try lah.
Aku : Hehe. Cantik. :) *dalam hati, Alhamdulillah seronoknyaaa.

Aku ni tak lah sempurna. Tengah belajar. Tapi, bila kita rasa ada benda baik yang kita buat, dan sahabat kita ikut, jujurnya, aku sangat sangat sangat seronok. Walaupun benda tu kecil. Walaupun kita rasa orang tak heran pun. Kadang-kadang kita pun tak sedar apa yang kita pakai, kita buat, orang pandang. Sebab tu kita kena sentiasa behave. 

Aku makin sedar apa yang Allah rencanakan. Alhamdulillah. Semoga istiqamah sahabat. :)

Wednesday, January 30, 2013

unappreciated.

Anda berasa diri tidak dihargai manusia? Anda geram? Sakit hati? Sesal dengan tindakan anda? Rugilah kalau otak anda berselirat fikirkan hal tersebut. Allah sentiasa hargai anda dulu, kini, selamanya. Evergreen gituu.

Tuesday, January 29, 2013

rawak.

Tengah sidai baju tadi, tiba-tiba terberangan. Kalaulah Malaysia ditadbir oleh pemimpin yang semuanya penghafaz Al-Quran, macam negara Arab Saudi tu. Setaraf dengan Ikhwanul Muslimin, tak setaraf pun tak apa, alangkah bahagianya hidup. Mungkin rakyatnya sebelah kaki dah pijak lantai syurga. 

Okay. Sambung lipat baju. 

Wednesday, January 9, 2013

agar-agar vs buah keras

 Setengah orang cakap, hidup ini perlu berlembut. Jangan keras. Kemungkinan orang tak suka. Aku tak boleh buktikan statistik bagai. Tapi, aku yakin, majoriti manusia begitu. Aku juga. 

Tapi, sekarang aku perlu keluar daripada golongan itu. Kadang-kadang perlu juga pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulut. Kalau semua benda di sekeliling nak ambil port, pecah otak. Serius pecah otak. 

Hari ini aku kurang senyum.