cik lesung~


Saturday, February 25, 2012

hari ini, hati saya sudah diisi. ;)

Seronok sebenarnya bila kita cari makanan untuk hati kita. Dapat pengalaman baru, jumpa macam-macam orang, boleh tengok macam-macam. Aku suka ayat Wardina Safiyyah, "Kalau kita nak buat baik, Allah akan hantarkan orang yang baik untuk membimbing kita". Lebih kurang macam tu la bunyinya.

Hari ni, aku ke PISA. Cadangan awalnya, nak tengok ceramah Ustaz Don. Kami bertolak pagi. Bila dah sampai sana, aku macam "Aik??". Ada pulak pertandingan nasyid. Wah wah wahh. Senyum sampai ke telinga lah aku. Tambah pulak budak maktab pun peserta. Ada lagi ekspo- ekspo makanan halal. Boleh jalan-jalan, makan-makan, minum-minum, tengok-tengok. Ceramah Ustaz Don tu sebenarnya 2.30 petang. Lepas solat Zuhur semua, masuk balik dewan tu. Nasib baik lah kami ni memang generasi awal, banyak lagi tempat kosong. Sebab nak tatap muka Ustaz Don punya pasal. Actually, bukan Ustaz Don sorang je, ada Ustaz Roslan Che Ros, Ustaz Akil Hay dengan bini dia Waheeda Wakaza Wakaza. Okay, not bad. Ustaz Akil Hay pun best. Cumanya bini dia tu kurang menyengat sikit dia punya penyampaian. Mungkin baru lagi. Takpe. Boleh belajar dari incik suami anda. Wakaza ! Wakaza ! 

And you know what !






tenenieeewwwwwww



At last ! Dah dapat beli !! Sebelum ni dekat mana pun aku serbu asyik habis ja. 


 Shot dari atas. *Kamera handfon je


 Do you see my Ustaz Don tengah semangat bercakap? thehehe



 Wakaza ! Wakaza !


  Snap ambik hati je ni Mawi. heh

mencarikonklusi ~ Ada seller Quran Digital dekat satu booth ni nak promote barang dia. Dia panggil aku PUAN. Rasa ter remuk hati sebenarnya pada usia sebegini dipanggil sebegitu. Apa apa pun, saya suka hati pada hari ini. Saya suka ! saya suka ! Nikmat ilmu Allah bagi, saya dapat rasa. Bak kata Hilal Asyraf, lagi luas dunia ilmu yang kita cari, lagi terasa kerdil sangat diri ni. Yer dak? 

Pssttt. Ustaz Don sangatlah hensem kalau tengok secara langsung. Sekian.

Credit to muniyatishukari dan timahishak.

Friday, February 24, 2012

Saturday, February 18, 2012

Once upon a time.

5-6 bulan. Orang cakap aku macam lelaki.


1 tahun lebih. Menurut sumber mak, time ni lah sebelah kasut sebelah hilang. Entah jatuh dekat mana. So, tak payah pakai langsung.


 Mak dah ajar sengeh.


 Tak pernah tau pulak dari kecik pakai baju kurung.



 Aishh.



 Cantik jugak gigi aku.



 Dulu aku ni pemalu sebenarnya. Ceh


 Memang dari kecik suka kamera agaknya. -___-



 Mak mak maakk !!!



 Inilah mami saya.



 My Popo.



 Bukan senang nak tengok gambar abah sengeh sampai macam ni. huh



                                       Ni nama dia Kak Ani tak silap aku.                                      



 Haip haip haip. Abah saya tidak berpoligami okayy. 



 Dengan Ayah Chaq.



Yang belah kanan tu kira sepupu aku. 




 Seronok pulas minyak.



 Yang belakang belakang tu semua anak saudara aku. haha



4 tahun dah masuk tadika. Rombongan ke Gua Kelam, Perlis. Waktu ni jugaklah nak jadi bengkak beruk punn. Gaun putih baru koott!!


6 tahun maaaa. Gambar ni dikorek dari buku rekod peperiksaan sekolah rendah.



 Darjah 6. Nasyid. Waktu ni, gaya tufung macam ni memang habis cun.



 Dengan cekgu cekgu. Hari last sekolah la katakan.




 Bukit Merah. Pakai topi "Berhati-hati di jalan raya" abah punya. Habis stylo.



 Pakaian persembahan dikir barat.


 Hari lahir yang ke 11.


 Bila dah tua ni, malu pulak nak buat kerja macma ni. Apadaa





Yang ke 12.



 Form 1. Tengok bahas dekat PICC. Awat aku dok pi tutup mata tak tauu.




 Form 2. Main masak masak waktu Kemahiran Hidup. 



 Form 4. Kawan sekatil aku waktu Form 1.
 Dekat PICC. Form 4 jugak.



 Form 5. Buat buat ayu.


mencarikonklusi ~ Nak balik waktu dolu doluuuuu.

ada apa dengan Sanarose

"People keep asking me. What is Sanarose stands for. Today, i just want to make all the confusions dissapear."

PANGGGG !! *tampar muka sendiri. Tok sah dok confusion sangat laa. Buat femes boleehhhh. Buu me ~


Ada satu pagi, macam biasa, aku terkial-kial kunci pintu bilik nak ke kelas. Lepas dah pastikan bilik aku tu terkunci tanpa seekor hama pun boleh masuk, aku terus turun tangga. Sebab apa turun tangga tapi tak jalan ikut koridor dulu? Sebab bilik aku sebelah tangga. Bilik paling senang pencuri nak masuk. (-___-) Sambil turun tangga, bertebunglah dengan sorang budak batch aku ni. Bilik kami selang 3 pintu je. 

Si Minah ~ Hai Chua Senaros !
Aku ~ Owh, hai _____ !
Si Minah ~ Eh, macam mana nak sebut Senaros tu eh? Sinarus? Sonarus? 
Aku ~ Haha. sebut ja macam mana pun. 
Si Minah ~ Chua. Apa maksud Senaros tu? 
Aku ~ SANAROSE tu eh? *sengaja aku highlight sikit. Biar lembut sikit mulut kawan aku sorang tu.* Saja ja gabung nama mak, nasuha dengan abah. hehe
Si Minah ~ Ouhh yekeee. Ingat nama apa lah kan. Nama apa yang kena gabung tu?
Aku ~ Sara, Nasuha, Roslan.
Si Minah ~ Ouuuuh. Okay Chua. Bye !
Aku ~ Bye ! *Lorh. Budak ni nak tanya yang tu ja?

mencarikonklusi ~ Jangan pening pening dah ye kengkawan. Malu bertanya sesat jalan.  ;D

Thursday, February 16, 2012

demam.

Ni bukan kes demam kura-kura ke, demam jebon ke. Ni kes demam betul-betul punya demam. Tak best kan demam? Makan bihun rasa peria, makan chipsmore rasa biskut mayat, minum milo rasa air suam, panadol je nampak sedap. Nak bernafas pun ada satu saluran je. Nak keluar bilik pun rasa tak best. Bukan setakat nak keluar bilik, nak turun katil pun macam, "Alahaiiiiiii". Tak da nikmat langsung. Ditambah pulak lagi, tak boleh join launching program yang dah memang lama kitorang rancang. Tak best !! *sambil hentak kaki. Tapi dengar kata, semua lancar. Gud jab kawan kawan. *bak kata Wan Iskendar.

mencarikonklusi ~ Kalau demam natural aku memang boleh terima. Tapi sebab jangkit dekat orang ni yang tak berapa nak hadam sangat tu. "Tu lah kau Chua. Ape ke lemah kau punya antibody. Sape suruh dok dekat aku. Padan muka kau." Kurang hasam hang Oman ! Ciss

Wednesday, February 15, 2012

From Sydney with love.

Semalam akak akak usrah aku datang melawat. Diorang student maktab aku jugak. Tapi sambung study dekat Macquarie, Sydney sana noh. Tak pernah la aku berani mimpi nak sampai sana. Tapi diorang selalu ja pelawa pergi sana. Diorang ingat Sydney tu boleh pergi naik skuter yang guna bateri tu? HAHA. Dua hari je aku boleh jumpa diorang. Tambah-tambah Kak Atin. Yang lain dah sibuk nak balik sana. Huh. Sekarang ni semua dah balik. Mau setahun jugak la nak jumpa balik pun. Dalam masa tak sampai satu jam pun aku boleh borak-borak dengan Kak Raja pasal hidup diorang dekat Sydney tu, aku dah boleh rasa betapa bertuahnya diorang. Bukan sebab nak kerek kerek duduk obesi, tapi apa yang Allah kurniakan dekat diorang dekat sana. KEMANISAN IMAN.

Kak Raja cerita, diorang dekat sana, selalu solat dekat lapangan. Maksudnya, solat dekat tempat yang terbuka. Macam dekat tengah-tengah taman bunga ke. Bila keadaan macam tu, secara tak langsung diorang amat amatlah jaga diorang punya pakaian. Ye lah. Takkan nak pakai telekung dekat tengah tengah laman tu kan. Maksud aku, bukan tak boleh, Tapi, diorang ada inisiatif lain yang mana, diorang setiap hari memang akan pakai pakaian yang boleh terus bawa untuk solat. Faham kan maksud aku? Pakaian yang bersih, dan memang menutupi aurat. Bila aku dengar tu, Ya Allah. Kagumnya aku. Bagi aku, sebelum mula belajar dekat Sydney tu, diorang memang sebaik baik manusia lah. Kak Raja cakap, memang dekat sana, jadi makin kuat untuk cari jalan Allah. Subhanallah.

Yang tak pakai tudung, dah pakai tudung. Yang pakai tudung biasa (bawal) macam aku, dah setapak pakai tudung labuh. Yang dulu macam jauh sikit, dah mula pinjam buku agama sebab nak baca. Allah memang dah tunjuk kuasa Dia ! Tambah Kak Raja lagi, mungkin diorang jadi macam tu sebab dekat sana memang susah nak cari golongan yang arif pasal agama macam dekat maktab ni. Jadi, kena ada usaha sendiri untuk cari semua tu. Usrah pulak, memang diorang tak tinggal.

Biasalah, bila dah duduk menumpang tempat Mat Salleh nie, ada racist dia jugak. Ada yang bila jumpa orang Islam, tiba-tiba pulak jari tengah tu berdiri sendiri. Diorang memang tengok pelik akak-akak yang berkelubung kelabang ni. Tambah yang pakai purdah, dikatakan pulak pengganas. Nampak macam burung lah. Sesetengah lecturer pulak, ada yang macam nak ajar tak nak ajar je orang Malaysia ni. Kalau yang okay tu okay lah.

Pasal kos hidup pulak. Haa. Part ni sedih sikit. Elaun diorang sama je dengan elaun degree kami dekat maktab ni. Tapi, dah nama pun guna mata wang dollar, bahagi 3 lah jawabnya. Dekat sana, ada yang kerja cleaner, hantar surat khabar, babysitter. Tapi gaji diorang bukan macam gaji Malaysia ni. Kerja clener tu, sehari 60 dollar. Cuba darab dengan 3. Tak ke RM180 sehari? Dah la kerja sehari 4 jam je. Kalau aku pun nak. Mop mop lantai sikit, sental-sental tingkap, dah dapat RM180. Sewa rumah dekat sana mahal. Sebulan dah cecah RM900. Kos hidup dekat sana tinggi. Kesian kan?

mencarikonklusi~ Aku memang kagum dengan kakak kakak aku tu. Teringin betul aku nak jadi macam diorang. Tapi tak tau nak start dari mana. Orang macam ni lah yang boleh buat bini beb. Okay, siapa yang nak try, boleh bagitau aku. Aku bagi form okay ! Insya Allah, sampai syurga. ;)

 Hold my hand and bring me there too. 
  

semenjak dua menjak tiga menjak.

Semenjak dua menjak nie aku rasa happy semacam. Aku pun tak tau sebab apa. Kadang-kadang rasa macam idup aku ni macam tak ad apa nak dirisaukan. Tapi hakikatnya, lain. Banyak je presentation aku yang tak siap-siap lagi tapi dah nak sampai due-date. Apa aku tak fikir ke semua tu heh? Kau memang pelik Nasuha. Memag pelik. *sambil ketuk kepala sendiri. Lepas tu pulak, boleh pulak melalak sorang-sorang dalam bilik. Ahhh. Sedap tak sedap belakang kira. Confirm confirm la tak sedap kan. Nasib baik roomate buat donno je. Ceh.


Ni lah aku punya muka happy. Mata memang kena bertemu dekat tengah tengah.

mencarikonklusi ~ Aku still dok mencari apa sebab penyakit aku kali ni. heh