cik lesung~


Thursday, July 26, 2012

hidup oh hidup.

Siapa kata hidup ni senang? Meh sini aku jentik cuping telinga dia. Dugaan merata-rata. Macam jalan tar dekat lorong belakang kedai Ah Seng. Lubang melambak. Silap langkah, terbenam kaki. Macam hidup, tak pandai jaga diri, habis. Dugaan ni Allah datangkan bukan dengan cara hidup susah ja. Tapi, hidup senang pun dugaan. Setengah orang cakap, "Aku hairan tengok orang. Masalah tak henti. Aku happy je. Tak da pulak aku diuji dengan apa-apa." Sahabat, anda salah sikit ye. Itu pun sebenarnya ujian. Allah nak tengok macam mana kita handle ketidakadamasalah kita tu. Bongkak kah kau? Sombong mendongak langit? 
Minta dijauhkan. Mak selalu pesan, walau apa pun kejayaan yang kita dapat, jangan mendongak langit. Jangan sesekali. Sebab tak kemana pun. Kalau kau dah sombong dengan diri, orang sekeliling, Allah, habislah. Senang cerita, merendah diri lah. Tak rugi. Orang lagi respect ada lah. Kan? *sengehhh


Bagi aku, dugaan yang berat lebih baik dari dugaan yang tak ada dugaan? err. Urdhunya bahasa. Maksudnya, kalau kita ditimpa kesusahan, barulah kita macam "Ya Allah. Ampunkanlah dosaku......lagi dan lagi". Kita akan selalu ingat Allah kan? Kalau Allah bagi dugaan kejayaan dekat kita? Selalu ke kita akan terus meminta dari Dia? Tak semua macam ni. Tapi, akan ada jugak sikit. Biasalah, dah senang kan. Jujurnya, yang tu paling aku takut. Takut jauh dari Dia. Sebab kita akan rasa hidup ni ditongkat langit. Bahaya kan? Nauzubillah. 


mencarikonklusi~ Alhamdulillah, suprise final result. Hadiah untuk mak dan abah. Boleh kurangkan sikit rasa penat diorang besarkan aku. Apa pun, merendah dirilah. Tak selalunya kita di atas. Be to Allah as He wishes, and He will be to you more than you can wish for. *senyuuummmm

Saturday, July 14, 2012

video pilihan.


sedia untuk ramadhan?

Setiap kereta dan motosikal perlu panaskan enjin sebelum bergerak. Begitu juga kereta lembu. Lembu itu perlu diberi makan dan diusap-usap kepala mahupun perutnya sebagai motivasi untuk bergerak.

Sebelum ni, aku tak tahu pun pasal apa yang kita perlu buat sebagai persediaan Ramadhan. Apatah lagi, nak terfikir pasal wujudnya sekumpulan manusia yang adakan majis untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Subhanallah. Pertama kali aku sampai ke majlis macam tu. Ada perkongsian ilmu, makan sedulang, dapat kenal dengan ikhwah yang tak pernah berjumpa pun sebelum ni. Mereka sangat meraikan kedatangan Ramadhan. Sangat. Besarnya Ramadhan. Bulan yang mana Allah luaskan pintu keampunan seluas luasnya. 

Aku tahu tibanya Ramadhan, manusia perlu berlumba-lumba untuk dekatkan diri kepada Allah. Aku silap. Sebelum kita mula masuk Universiti Ramadhan ni, kita perlu biasakan diri dengan segala qiam, zikir, bacaan Al-Quran dan serba serbi lah. Perlu mula sekarang. Lagi 6 hari. Nanti, tak lah lelah waktu sampai Ramadhan. 

Mereka sangat ohsem.

Booklet Battle Plan untuk Ramadhan tahun ni. Semoga penuh diisi. 


mencarikonklusi ~ tak sabarnya Ramadhan. :)


Thursday, July 5, 2012

Allah.

Tak ada tajuk lain lagi yang sesuai dengan post kali ni. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Besarnya kuasa Allah. Betul lah kata orang, kalau kita nak berubah ke arah kebaikan, Allah akan turunkan guider yang ohsem ! Semalam Nisfu Syaaban. Seperti mana orang lain, aku cuba merebut peluang yang ada. Minta seminta mintanya doa. Terasa malu dekat Allah sebab diri terlalu meminta dan kurang memberi. Semoga Allah makbulkan segala doa. Amin. Hari ni, macam orang lain jugak, berpuasa sunat Nisfu Syaaban. Tapi hari ni, penat bagai nak gila. Penat pelik. Kelas straight dari pagi sampai petang. Biasalah. Allah nak test lettew. Lepas tu, buka puasa cepat-cepat. Kejar masa nak dating dengan Imam Muda Najdi. Ada ceramah dekat dewan kuliah utama. Faktor utama nak pergi sangat-sangat sebab sebaya la katakan. Teringin nak tengok cara dia sampaikan dakwah walaupun dalam usia yang muda. Seronok. Alhamdulillah, bertambah sikit ilmu aku yang memang secubit garam ni. Hari ni, mungkin Allah dah tetapkan rezeki untuk aku. Hari lahir dah sebulan lepas. Tapi dapat lagi hadiah. Syukur. 

Aku sebenarnya malu dengan Allah. Bagi aku, aku hanya beribadat setakat yang mampu sahaja. Tidaklah sampai bangun tengah malam untuk tahajud dan sebagainya. Tapi, aku rasa nikmat yang Allah bagi tak terhingga. Macam tak sepadan ja dengan amalan aku yang secoet ni. Astaghfirullah. 

Monday, July 2, 2012

Jaga hati tu penting. Sebab benda ni lah yang akan menjadi punca satu masalah. Macam mana nak jaga hati?  Hati ni halus kan? Senang terkoyak, tercalar. Senang sangat. Dalam konteks student macam aku yang sehari hari hidup dengan kawan, memang penting sebenarnya menjaga hati. Kadang-kadang benda yang kita sendiri tak sedar sebenarnya boleh ja jadi punca hati orang calar. Kita kena jaga betul-betul segala benda yang orang sudah nampak. 

Malas aku nak berkias panjang. Muka.Wajah. Perlu jaga. Maksud aku ekspresi. Ekspresi muka tu bagi aku satu benda yang penting. Sebab aku mudah faham riak muka orang. Jadi, kalau tak suka mana pun seseorang terhadap seseorang, jangan tunjuk sangat. Orang boleh tahu. Kebetulan pula, kalau Allah nak tunjuk orang yang sedang diekspresikan wajahnya itu, kantoi beradab lah. Kalau tak buat muka, muka kamu cantik, kawan. Tapi, bila dah buat muka macam tu, kamu dah membazir tenaga urat muka kamu. Dan ketahuilah, kamu memendekkan umur kamu untuk dekat kepada usia tua. Walaupun mekap setebal 17 inci sekali pun.  

mencarikonklusi ~ Sebab tu, aku malas nak ambil tahu hal orang. Nanti diri sendiri jadi banyak fikir.