cik lesung~


Tuesday, December 4, 2012

resepi #1

Hari ni nak perasan chef lah ! I nak share dengan u ols resepi bebola daging. I try buat menjadi tau. Jadi jangan risau-risau I bagi ajaran sesat eh. Menci menci ! I sue u ols. 

BAHAN

# Daging sebesar penumbuk. Pastikan penumbuk kita sama besar.
# 1 sudu besar serbuk lada hitam.
# 4 ulas bawang putih dan 5 bawang merah. Lepas kupas, kalau gatal mata, guna tangan tu gosok mata. Penawar tu.
# 2 sudu besar tepung beras. Main agak pun boleh.
# 1 biji kuning telur
# Bawang goreng.*tak ada tak apa
# Daun sup/ketumbar *tak ada tak apa
# Garam 
# Gula. I tak nak ajar u ols guna ajinamoto eh. Luruh rambut.


CARA

1. Kisar daging sampai hancur. Kalau u ols tak rajin macam I, beli je daging kisar Ramlee. I rajin sebab sayang tengok daging seketul dalam peti ais tak bersentuh. Hari lain, i pun rajin jugak pergi kedai beli daging kisar.
2. Kisar bawang-bawang tadi.
3. Campurkan daging, serbuk lada, bawang, garam, gula tadi. Gaul.
4. Masuk tepung beras tadi supaya bebola tu tak hancur waktu goreng. 
5. Masuk dua bahan tak ada tak apa.
5.  Masuk kuning telur. Gaul dan pastikan bahan tak melekit di tangan.
6. Buat bulat-bulat sebesar taik unta. *Terpulang u ols.
7. Panaskan minyak, terjun !

Sebelum terjun.


Selepas terjun.


I buta nilai komersial sikit. Tak reti nak berhias bagai. U ols nak buat lauk makan dengan nasi boleh, cicah sos pun boleh. Try lah !


No comments:

Post a Comment