cik lesung~


Tuesday, April 29, 2014

dia.

Dia.
Dia baik.
Dia pembakar semangatku.
Dia menegur untuk kebaikan.
Dia pesan, jangan merungut. 
Dia jujur.
Dia selalu mahu yang terbaik untukku.
Dia juga sentiasa mahu menjadi terbaik untukku.
Dia lebihkan aku daripada diri sendiri.
Dia bukakan mataku supaya tak membezakan darjat manusia.
Dia selalu ada di waktu susah.
Dia marah kalau salah.
Dia puji kembang tak sudah.
Dia tak pernah kedekut masa.
Dia tak pernah berkira.
Dia tak malu bercerita tentangku pada semua orang.
Dia manusia menghargai.
Dia guru kemanuasiaanku.
Dia penyelamat.
Dia pendengar yang baik.
Dia penyelesai masalah.
Dia peneman.
Dia punya cita rasa.
Dia penglipur lara.
Dia kecindan orangnya.
Dia buat aku tak sudah ketawa.
Dia penyebab aku menangis hiba.
Dia sabar orangnya.
Dia berkongsi duka dan suka.
Dia manusia setia.
Dia pembalas jasa.
Dia manusia pemberi.
Dia sudah berusaha segala-galanya.
Dia penenang.
Dia lah kesayangan.

<3

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Che sue....entr berbunga bahagia, semoga bahagia dgn si "dia".
    Kenal2kan la bila dah bersedia (:
    Tak sabaq nak tunggu berita gembira <3

    ReplyDelete
  2. wasalam cikah.
    amiin. terima kasih. sabaq sat.
    berita gumbira insya Allah bakal menyusul.huhu
    p makan kenduri kg pancoq dulu

    ReplyDelete