cik lesung~


Friday, April 12, 2013

fasa rumit.

Sekarang adalah fasa rumit bagi aku. Setiap hari tidur jam 3 pagi. Terfikir juga aku ni manusia atau mentadak. BBM (bahan bantu mengajar, bukan blackberry mesenger) dan RPH bukan benda mudah. Aku perlu efisien. Walaupun aku kenal perkataan efisien semasa darjah enam sebab nama kelas, aku tak pernah rasa aku efisien. Kelas aku kali ni, semua darjah enam. Aku perlu berlagak matang depan anak murid. Sebab sebelum ni kematangan aku tahap murid tahun 5 sahaja. Dalam kelas, pasangan praktikum cakap aku garang. Ya, memang aku garang. Buat-buat garang. Takut budak pijak kepala. Alhamdulillah, banyak kesannya. Sebelum masuk kelas, aku dah set peraturan. 
1. Kelas bersih tanpa sampah.
2. Meja tersusun.
3. Nak jawab, angkat tangan, tunggu cikgu pilih, jawab.
4. DTTM
Murid perlu salin dan ingat peraturan aku. Kalau aku tak puas hati dengan kelas, aku akan sebut nombor peraturan. Hang fahamlah sendiri. DTTM, akronim untuk duduk tempat tutup mulut. Yang ini aku cilok idea Allahyarham Sir Mokhtar, cikgu Bahasa Inggeris aku waktu darjah satu. Dia memang terkenal dengan istilah ni.  Aku akan jerit benda ni bagai nak gila kalau kelas bising, murid kena sahut ayat panjangnya. Sekarang di sekolah, kalau aku tengah jalan, akan dengar suara mambang "Cikgu DTTM lah!" Ah, peduli apa aku. Asal pnp aku sampai. 

Bukan senang jadi cikgu oi !

No comments:

Post a Comment