cik lesung~


Friday, April 12, 2013

Kecik hati.

Jadual aku hari Isnin, murid tahun 6 Marikh. Kelas kedua dari 4 kelas. Kebiasaan pertama kali sebelum masuk keempat-empat kelas, aku akan panggil seorang murid yang duduk tepi pintu. "Cakap dekat semua  kawan kamu, cikgu nak kelas bersih, meja susun. Cikgu bagi masa seminit, buat sekarang. Selagi tak bersih, cikgu tak nak masuk." Kalau kelas lain, tunggang terbaliklah sibuk cari penyapu, padam papan hitam, ketuk pemadam dekat koridor, cuci tingkap, kutip sampah bawah meja. Kadang-kadang rasa kejam pulak aku. Tapi kelas kali ni, gangsternya lain macam. Aku dengar ada suara mambang jantan,"Ala. cikgu tu kerabat diraja ka? Nak masuk kelas nak bersih-bersih ja." Sarcasm. Aku yang berdiri tepi pintu asalnya dengan muka garang yang plastik, terus kecil hati. Sumpah, aku kecil hati. Masuk ke kelas, terus aku balun kenapa aku nak kelas bersih. "Saya nak kelas bersih sebab nak bagi kamu selesa belajar." Malas nak ungkit apa aku dengar tadi. Kalau ungkit pun, budak-budak. Apa mereka tahu. 

Untuk permulaan hari dalam minggu yang akan di observe, aku down. Down dengan sikap manusia yang tak tahu apa-apa. Aku salah atau mereka. 
  

No comments:

Post a Comment