cik lesung~


Saturday, July 14, 2012

sedia untuk ramadhan?

Setiap kereta dan motosikal perlu panaskan enjin sebelum bergerak. Begitu juga kereta lembu. Lembu itu perlu diberi makan dan diusap-usap kepala mahupun perutnya sebagai motivasi untuk bergerak.

Sebelum ni, aku tak tahu pun pasal apa yang kita perlu buat sebagai persediaan Ramadhan. Apatah lagi, nak terfikir pasal wujudnya sekumpulan manusia yang adakan majis untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Subhanallah. Pertama kali aku sampai ke majlis macam tu. Ada perkongsian ilmu, makan sedulang, dapat kenal dengan ikhwah yang tak pernah berjumpa pun sebelum ni. Mereka sangat meraikan kedatangan Ramadhan. Sangat. Besarnya Ramadhan. Bulan yang mana Allah luaskan pintu keampunan seluas luasnya. 

Aku tahu tibanya Ramadhan, manusia perlu berlumba-lumba untuk dekatkan diri kepada Allah. Aku silap. Sebelum kita mula masuk Universiti Ramadhan ni, kita perlu biasakan diri dengan segala qiam, zikir, bacaan Al-Quran dan serba serbi lah. Perlu mula sekarang. Lagi 6 hari. Nanti, tak lah lelah waktu sampai Ramadhan. 

Mereka sangat ohsem.

Booklet Battle Plan untuk Ramadhan tahun ni. Semoga penuh diisi. 


mencarikonklusi ~ tak sabarnya Ramadhan. :)


No comments:

Post a Comment