cik lesung~


Thursday, July 5, 2012

Allah.

Tak ada tajuk lain lagi yang sesuai dengan post kali ni. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Besarnya kuasa Allah. Betul lah kata orang, kalau kita nak berubah ke arah kebaikan, Allah akan turunkan guider yang ohsem ! Semalam Nisfu Syaaban. Seperti mana orang lain, aku cuba merebut peluang yang ada. Minta seminta mintanya doa. Terasa malu dekat Allah sebab diri terlalu meminta dan kurang memberi. Semoga Allah makbulkan segala doa. Amin. Hari ni, macam orang lain jugak, berpuasa sunat Nisfu Syaaban. Tapi hari ni, penat bagai nak gila. Penat pelik. Kelas straight dari pagi sampai petang. Biasalah. Allah nak test lettew. Lepas tu, buka puasa cepat-cepat. Kejar masa nak dating dengan Imam Muda Najdi. Ada ceramah dekat dewan kuliah utama. Faktor utama nak pergi sangat-sangat sebab sebaya la katakan. Teringin nak tengok cara dia sampaikan dakwah walaupun dalam usia yang muda. Seronok. Alhamdulillah, bertambah sikit ilmu aku yang memang secubit garam ni. Hari ni, mungkin Allah dah tetapkan rezeki untuk aku. Hari lahir dah sebulan lepas. Tapi dapat lagi hadiah. Syukur. 

Aku sebenarnya malu dengan Allah. Bagi aku, aku hanya beribadat setakat yang mampu sahaja. Tidaklah sampai bangun tengah malam untuk tahajud dan sebagainya. Tapi, aku rasa nikmat yang Allah bagi tak terhingga. Macam tak sepadan ja dengan amalan aku yang secoet ni. Astaghfirullah. 

No comments:

Post a Comment