cik lesung~


Thursday, February 16, 2012

demam.

Ni bukan kes demam kura-kura ke, demam jebon ke. Ni kes demam betul-betul punya demam. Tak best kan demam? Makan bihun rasa peria, makan chipsmore rasa biskut mayat, minum milo rasa air suam, panadol je nampak sedap. Nak bernafas pun ada satu saluran je. Nak keluar bilik pun rasa tak best. Bukan setakat nak keluar bilik, nak turun katil pun macam, "Alahaiiiiiii". Tak da nikmat langsung. Ditambah pulak lagi, tak boleh join launching program yang dah memang lama kitorang rancang. Tak best !! *sambil hentak kaki. Tapi dengar kata, semua lancar. Gud jab kawan kawan. *bak kata Wan Iskendar.

mencarikonklusi ~ Kalau demam natural aku memang boleh terima. Tapi sebab jangkit dekat orang ni yang tak berapa nak hadam sangat tu. "Tu lah kau Chua. Ape ke lemah kau punya antibody. Sape suruh dok dekat aku. Padan muka kau." Kurang hasam hang Oman ! Ciss

No comments:

Post a Comment